Sunday 25 July 2010

- g a r u ? -

Garu.


Garu-garu lagi, kadang-kadang yang gatal harus digaru. Kalau pun cuma sekejap, kenikmatan itu yang kamu ingin rasa. Walaupun mungkin gatal akan berulang. Aku sendiri suka menggaru yang gatal. Gigitan nyamuk. Kepala kelumumur. Kalau ada kelumumur. Susah benar hendak menaip kelumumur.


Kita cuma inginkan kelegaan daripada nikmat menggaru tersebut. Kalau pun cuma sekejap, kenikmatan itu yang kamu ingin rasa. Iye, aku sudah ulang ayat ini pula.


Tapi, mungkin sudah lahiriah. Atau batiniah. Iye, batiniah. Maaf bukan lahiriah.


Mungkin sudah batiniah kita, manusia, homosapien, cucu-cicit Adam sukakan benda yang nikmat walaupun sekejap. Sukakan wang, walaupun akan habis. Sukakan pangkat, walaupun akan terlucut bila-bila. Iye, pangkat yang terlucut. Bukan pakaian. Aku doakan, bukan pakaian.
Sukakan fesyen, walaupun akan outdated.


Garu.


Garu-garu lagi. Kalau boleh. Garu jangan lama-lama. Kalau yang berbekas gigitan nyamuk. Digaru keras-keras, boleh melecet dan terkupas kulit jadinya. Digaru laju-laju boleh keluar api. Iye, tidak mungkin. Tetapi boleh jadi merah dan meruam. Digaru-garu kepala. Boleh gugur rambut-rambut dibuatnya. Kerana nikmat sangat, sekarang sudah melarat.


Jadi, kalau sedang kamu menggaru, harta, fesyen, pangkat, nama dalam dunia ini. Jangan terlampau asyik. Nanti bimbang pula melecet di hati. Bimbang pula merah meruam nafsu kamu.



Berhenti. Berhenti menggaru dunia. Kalau sudah sampai melecet iman kamu.



*wink*



Tapi kalau kamu ingin menggaru belakang. Belakang saya sedang gatal.



Terima kasih. Jangan sampai melecet ya.






Terima kasih lagi.

Wednesday 14 July 2010

- d i a & i r o n m a n -

Ironi.


Bukan maksud kamu ingin iron baju. Atau pun gosok baju pakai seterika. Atau pun Iron Man. Iron Man 2 pun aku masih belum tengok. Tidak mengapa. Setakat ini tidak pula aku menggelupur tidak dapat tengok cerita tersebut.


Ironi.


Bila aku tengok fesyen sekarang ini. Aku harap fesyen. Sebab fesyen selalu berubah. Kita lahir Muslim. Alhamdulillah. Aku yakin, kebanyakan bangsa Melayu berstatus Islam pada kad pengenalan. Walaupun aku sedar mungkin ramai yang amal dan tidak amal sendiri, itu isu masing-masing. Bukan benda baru.


Yang aku rasa ironinya. Yang bukan maksud kamu ingin iron baju. Atau pun gosok baju pakai seterika. Atau pun Iron Man. Iron Man 2 pun aku masih belum tengok. Tidak mengapa. Setakat ini tidak pula aku menggelupur tidak dapat tengok cerita tersebut.


*iye ayat copy paste. maklumla, nak bagi panjang lebih 500 patah perkataan macam kamu selalu buat dalam assignment, kan?*


Mungkin cuma aku yang rasa atau orang lain pun rasa sama. Itu pun aku rasa setelah ada orang menerangkan kesimpulannya kepada aku.


Aku cuma terasa, apa bezanya kita dengan orang Kristian zaman sekarang. Ironinya orang Kristian, amalan tidak pernah ikut. Tetapi setiap kali kahwin, pasti kembali ke gereja, atau dinikah oleh Paderi?


Kalau seperti kita, Muslim. Mungkin ada yang tidak amalkan apa yang agama suruh. Mungkin ada yang tidak jenguk masjid langsung. Mungkin ada yang pakai seksi dan tidak bertudung di luar. Atau amalan hidup sudah mencerminkan langsung bukan orang Muslim. Tetapi, bila sampai saat berkahwin sahaja, semua berpusu-pusu bukan ke Sungai Pusu tetapi cari Imam, masuk masjid, pakai sopan.


Jadi, kamu pilih ironi ini kah?


Atau iron baju?


Atau aku salah definisi ironi? eh?




Ok, ok. Aku pilih Iron Man 2. Siapa ada download?




Siapa?





p/s: semoga memberi peringatan juga kepada diri saya...insyaAllah