Saturday 20 November 2010

- you read people's mind? Then, i prefer reading politic column in utusan -

Umpama kiambang bertaut tidak meluruh. Langsung tiada kena-mengena dengan situasi aku. Malah langsung tiada pula peribahasa tersebut wujud dalam sejarah peradaban bahasa melayu. Mungkin nanti ada orang akan ambil buat peribahasa, jadi nanti kamu cakap la yang kamu kenal penulis dia ye?


Psikik. Kuasa. Kuasa psikik.


Pernah kamu dengar pasal kuasa psikik? Yang boleh angkat barang tanpa guna tangan. Boleh baca fikiran orang lain. Iye. Baca fikiran orang lain. Macam kamu sibuk-sibuk tengok dalam cerita-cerita Hollywood tu. Kuasa psikik.


Kuasa ini. Aku rasa memang kepada orang yang berkebolehan. Talented. Macam door gift. Baru hendak masuk dan duduk makan lauk dah dapat hadiah. Sedangkan orang berebut-berebut nak gift, pergi kenduri, senang-senang terus dapat door gift. Tapi kuasa ini bukan bermaksud begitu. Maksudnya anugerah. Gifted. People with special ability.


Mungkin nanti yang tiada kuasa atau keupayaan seperti ini akan terasa. Terasa disisihkan. Mungkin. Siapa tahu.Bukan senang hendak dapat keupayaan membaca fikiran orang lain. Buat aku terasa sahaja. Aku mana pula reti baca fikiran orang lain. Sedangkan membaca tulisan bahasa Arab sahaja sudah susah. Tapi reti pula aku mengaji Al-Quran. Pelik benar. Tapi bukan pelik sangat. Sebab kebanyakan orang Malaysia dan Muslim pun macam tu kan? Kan?





Keupayaan membaca fikiran orang ini, aku banyak nampak pada orang Malaysia.





Lebih-lebih lagi atas jalanraya.



Sebab itu aku terasa. Sebab aku langsung tidak dapat membaca fikiran orang yang memandu kereta kemudian masuk simpang tidak nyalakan lampu signal daripada awal. Atau orang yang duduk lane kiri. Tiba-tiba masuk depan kereta kamu dalam jarak pembaris panjang 30cm harga 30 sen di koperasi Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Tanpa nyalakan lampu signal.



Mana lah aku tahu. Aku tiada kebolehan membaca fikiran orang



Cuma ada.





Kelebihan termaki comel dalam hati. Dan mungkin menarik muka masam dan manja.








Oleh itu, lain kali nyalakan signal. Nanti aku terasa dan merajuk.








Sebab, sumpah aku tak tahu baca fikiran kau orang!













Sunday 14 November 2010

- p e n i n g -

Pening.



Aku tidaklah rajin menulis seperti dulu. Masa zaman muda-muda belajar. Mentelaah internet lebih daripada isipadu minima ilmu pengetahuan senibina yang aku sedut masuk dalam saraf otak ni. Mungkin aku rasa, mesti kecil sahaja sebenarnya bahagian akal aku yang menyimpan maklumat senibina.



Pening.




Memang pening bila belajar. Mungkin terkejar-kejar assignment hendak submit pada lecturer. Sambil buat email merayu simpati bila aku sudah ter-submit seminggu lewat. Sehingga sampai sekarang aku rasa bersalah kerana telah melakukan aktiviti conman terhadap lecturer yang baik hati tersebut.



Tapi. Aku rasa, lagi pening.



Kalau kamu tengah driving. Sebelah tangan pegang telefon bimbit tengah cakap dengan client penting. Sebelah tangan pegang stereng. Kemudian, terkentut. Tangan mana yang kamu akan
gunakan untuk menekan punat power window kereta anda.



Pening kan?




Bau. Telefon bimbit. Memandu.




Pening kan?




Bukan. Bukan berdasarkan kejadian sebenar. Aku cuma suka-suka imagine situasi pagi-pagi ahad ni.





Betul. Memang bukan aku.

Monday 20 September 2010

- p a n t a n g b e n a r a k u -



Maher Zain.



Pantang benar aku mendengar lagu-lagu orang yang bersuara merdu buluh-perindu dan mendendangkan pula lagu-lagu keTuhanan. Memang mengujakan. Lagi pantang pula, kalau kamu beli satu album original, habis semua lagu pun best macam kelas tingkatan 5 bestari. Walaupun aku punya kelas dulu bukan nama 5 bestari pun.


Pantang benar aku, sampai aku pasang lagu-lagu dia setiap kali pergi kerja. Dalam kereta untuk pergi ke office. Sampai office, aku pasang lagu-lagu dia lagi sambil buat kerja. Lepas itu, aku masuk kereta untuk pulang, pasang lagu-lagu dia lagi. Memang cukup mendalam aku rasa bait-bait liriknya. Padan sangat-sangat dengan alunan melodi dan lenggok suara dia.


Pantang benar aku, sampai aku rasa aku boleh menghafal lirik lagu-lagu tersebut, kalau setiap kali aku pasang satu lagu lebih 5 kali. Macam solat 5 waktu. Tapi kalau aku hafal Al-Quran lagi baik. Aku rasa. Oh iye, saya tersedar sekarang. Minta maaf.



Semalam.


Pantang benar aku, ambil gambar pasangan pengantin, di kenduri kahwin. Adik rakan setempat, atau pun PRS, penduduk rakan sebaya kerana kami menduduki qariah yang sedikit jauh tetapi dalam tempat yang sama. DJ tiba-tiba pasang lagu encik Maher Zain tersebut (sila rujuk nama di awal post)


Yang ini memang paling pantang.


Saat aku tengah snap gambar, dan lagu Maher Zain - For the rest of My Life berkumandang. Pantang benar aku, saat aku buka mulut cuba mengikut alunan muzik.


Serius.




Sebiji suara aku macam Maher Zain.




Iye, serius. Pantang benar aku. Ini yang malas buka mulut menyanyi ini.




Isk. Pantang.




Oh, iye.




Jangan muntah pula kalau sedang makan kueh raya.




Selamat Hari Raya Eidulfitri.

Tuesday 31 August 2010

- e n d i n g -

Ending.


Penutup cerita. Wayang. Drama. Bagi aku sangat penting dalam memastikan kepuasan hati dan perasaan apabila sudah membazirkan masa 1 jam atau 2 jam atau 3 jam atau ketiga-tiganya sekali setelah menonton wayang. Atau drama. Atau kedua-duanya sekali.


Ong bak 3.


Mungkin, bagi siapa pernah menonton, tahu macam mana ending cerita ini. Sia-sia sahaja aku rasa pahlawan gagah seperti encik Tony Jaa, berlakon lebih daripada setengah jam cerita cuba berlatih menjadi lebih kuat dan gagah perkasa.

Kesudahan ceritanya. Perlawanan yang aku rasa tidak sampai 10 minit. Orang jahat jatuh dari tempat tinggi dan tercucuk gading gajah yang patah di atas tanah.

Kesudahan aku. Aku melangkah keluar daripada panggung wayang dengan abang aku, sambil mencaci lembut cerita tersebut. Iye, aku tidak mencarut. Cuma mencaci lembut. Sebab, kita mana boleh mencarut. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk tidak mencarut. Kita kan Muslim. Bukan melayu. Kalau melayu, mungkin mencarut. Mungkin. Aku assume. Whatever.


1 jam setengah cerita, 10 minit lawan? Mungkin lebih baik aku tonton cerita Eclipse sahaja kan sambil layan menjerit-jerit melihat peminum darah yang pucat dan hensem? Kan awak?



Ok. Tidak boleh. Kedengaran lembut dan keji.



Tidak boleh.




------------------------------------------


Ramadhan.


Setahun datang sekali. Maksudnya dalam 12 bulan, ada 1 bulan sahaja. 30 hari. Kadang-kadang 29 hari. Hari ini sahaja sudah sampai 24 Ramadhan. Tinggal lagi 6 hari Ramadhan. Bukan 6 hari hendak Raya. Tetapi 6 hari akhir Ramadhan.


Jadi, aku sangat-sangat harap, Ramadhan ini bukan macam cerita Ong Bak 3. Sebab aku tidak mahu pula pada Hari Raya dan 'kemudian hari' aku mencaci lembut diri sendiri. Iye, aku tidak mencarut. Cuma mencaci lembut. Sebab, kita mana boleh mencarut. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk tidak mencarut. Kita kan Muslim. Bukan melayu. Kalau melayu, mungkin mencarut. Mungkin. Aku assume. Whatever.


Ini sebulan punya cerita. Kalau ending ini kamu dan saya garap macam ending cerita Ong Bak 3. Jangankan aku, bimbang kamu semua juga akan mencaci lembut diri sendiri.Iye, kamu tidak mencarut. Cuma mencaci lembut. Sebab, kita mana boleh mencarut. Sekurang-kurangnya kamu cuba untuk tidak mencarut. Kita kan Muslim. Bukan melayu. Kalau melayu, mungkin mencarut. Mungkin. Aku assume. Whatever.




Oh, iye. Senang juga aku rasa buat copy paste. Macam zaman-zaman student pulak.




*membuat bunyi*woot, woot* (sambil tangan ke udara)




Jadi, sila garap ending ramadhan yang baik sikit ye. Bagi nanti yang melihat puas hati.




Eh, oh ye.



Sebab bukan aku yang hendak judge dan tonton ending ramadhan kamu. Tapi Dia yang di sana nanti. Minta-minta diberkati.




InsyaAllah.






Friday 20 August 2010

- a k u m e n g h a r a p , b o l e h ? -

Ramadhan.


Aku cuma harap, aku bawa kereta atas jalan atau lebuhraya, tiada lagi pemandu yang kurang sabar tidak seperti Encik Sapar tauke kedai basikal. Lebih-lebih lagi, harapan kepada diri-sendiri supaya tidak kurang sabar dengan pemandu yang kurang sabar yang akan menyusahkan Encik Sapar, tauke kedai basikal tersebut kerana dikaitkan dengan beliau.


Ramadhan.


Aku cuma harap, aku jalan-jalan atas bumi Tuhan, yang penuh dengan bangunan yang cuba mencakar langit Tuhan, tidak lagi dipenuhi manusia bergelar Muslimah yang masih dengan fesyen ala-ala busana Muslimah, tetapi hanya pada penggayaan tudung berbagai bahasa tetapi bahasa tudung tersebut tidak mampu menutup hingga ke dada. Lebih-lebih lagi, harapan kepada diri sendiri supaya tidak kurang sabar sehingga terjeling dua tiga kali, dan terjeling dua tiga kali. Kan?


Ramadhan.


Aku cuma harap, saff-saff penuh dalam surau kerana solat tarawikh, akan sentiasa penuh setelah selesai bulan mulia ini. Kerana selesai Ramadhan, bulan-bulan seterusnya adalah bukti anda lulus tarbiyyah Ramadhan ini. Lebih-lebih lagi, aku harap, aku yang akan terus memenuhkan saff-saff pada surau atau masjid tersebut. Dan aku lulus tarbiyyah Ramadhan.



Ramadhan.



Aku harap, akan kedengaran setiap tangisan pada setiap rumah pada sepertiga malam. Kerana bangunnya bertahajud, bermunajat kepada Tuhan. Kerana tangisnya akan dosa-dosa. Kerana tangisnya akan rindu pada Tuhan. Lebih-lebih lagi aku harap diri-sendiri akan lebih lembut hati mendengar ayat-ayat-Nya, mendengar hadith-hadith Rasul-Nya. Bukan lembut hati mendengar lagu meragut jiwa kerana cinta kepada gadis tidak kesampaian. Sebab aku harap, cinta aku pada gadis akan kesampaian. Eh?

Dan bantal aku supaya tidak lembut sangat sebab nanti susah hendak bangun. Serius lembut, dua lapis bantal lagi sehingga tengkuk sakit. Iya. Bantal lembut, kali 2. Sama dengan sakit tengkuk.



Ramadhan.



Aku cuma harap, kamu semua harap macam aku, kerana harapan aku dalam bentuk doa. Dan kamu semua punya doa, dan doa aku, aku mohon Tuhan akan makbulkan. Bukan suruh kamu pegi kedai mamak nama Restoran Makbul. Tetapi minta doa kita semua di penuhi. InsyaAllah.



Jadi, kamu harap sama kan?




Hendaknya? InsyaAllah.




Amin.






Sunday 25 July 2010

- g a r u ? -

Garu.


Garu-garu lagi, kadang-kadang yang gatal harus digaru. Kalau pun cuma sekejap, kenikmatan itu yang kamu ingin rasa. Walaupun mungkin gatal akan berulang. Aku sendiri suka menggaru yang gatal. Gigitan nyamuk. Kepala kelumumur. Kalau ada kelumumur. Susah benar hendak menaip kelumumur.


Kita cuma inginkan kelegaan daripada nikmat menggaru tersebut. Kalau pun cuma sekejap, kenikmatan itu yang kamu ingin rasa. Iye, aku sudah ulang ayat ini pula.


Tapi, mungkin sudah lahiriah. Atau batiniah. Iye, batiniah. Maaf bukan lahiriah.


Mungkin sudah batiniah kita, manusia, homosapien, cucu-cicit Adam sukakan benda yang nikmat walaupun sekejap. Sukakan wang, walaupun akan habis. Sukakan pangkat, walaupun akan terlucut bila-bila. Iye, pangkat yang terlucut. Bukan pakaian. Aku doakan, bukan pakaian.
Sukakan fesyen, walaupun akan outdated.


Garu.


Garu-garu lagi. Kalau boleh. Garu jangan lama-lama. Kalau yang berbekas gigitan nyamuk. Digaru keras-keras, boleh melecet dan terkupas kulit jadinya. Digaru laju-laju boleh keluar api. Iye, tidak mungkin. Tetapi boleh jadi merah dan meruam. Digaru-garu kepala. Boleh gugur rambut-rambut dibuatnya. Kerana nikmat sangat, sekarang sudah melarat.


Jadi, kalau sedang kamu menggaru, harta, fesyen, pangkat, nama dalam dunia ini. Jangan terlampau asyik. Nanti bimbang pula melecet di hati. Bimbang pula merah meruam nafsu kamu.



Berhenti. Berhenti menggaru dunia. Kalau sudah sampai melecet iman kamu.



*wink*



Tapi kalau kamu ingin menggaru belakang. Belakang saya sedang gatal.



Terima kasih. Jangan sampai melecet ya.






Terima kasih lagi.

Wednesday 14 July 2010

- d i a & i r o n m a n -

Ironi.


Bukan maksud kamu ingin iron baju. Atau pun gosok baju pakai seterika. Atau pun Iron Man. Iron Man 2 pun aku masih belum tengok. Tidak mengapa. Setakat ini tidak pula aku menggelupur tidak dapat tengok cerita tersebut.


Ironi.


Bila aku tengok fesyen sekarang ini. Aku harap fesyen. Sebab fesyen selalu berubah. Kita lahir Muslim. Alhamdulillah. Aku yakin, kebanyakan bangsa Melayu berstatus Islam pada kad pengenalan. Walaupun aku sedar mungkin ramai yang amal dan tidak amal sendiri, itu isu masing-masing. Bukan benda baru.


Yang aku rasa ironinya. Yang bukan maksud kamu ingin iron baju. Atau pun gosok baju pakai seterika. Atau pun Iron Man. Iron Man 2 pun aku masih belum tengok. Tidak mengapa. Setakat ini tidak pula aku menggelupur tidak dapat tengok cerita tersebut.


*iye ayat copy paste. maklumla, nak bagi panjang lebih 500 patah perkataan macam kamu selalu buat dalam assignment, kan?*


Mungkin cuma aku yang rasa atau orang lain pun rasa sama. Itu pun aku rasa setelah ada orang menerangkan kesimpulannya kepada aku.


Aku cuma terasa, apa bezanya kita dengan orang Kristian zaman sekarang. Ironinya orang Kristian, amalan tidak pernah ikut. Tetapi setiap kali kahwin, pasti kembali ke gereja, atau dinikah oleh Paderi?


Kalau seperti kita, Muslim. Mungkin ada yang tidak amalkan apa yang agama suruh. Mungkin ada yang tidak jenguk masjid langsung. Mungkin ada yang pakai seksi dan tidak bertudung di luar. Atau amalan hidup sudah mencerminkan langsung bukan orang Muslim. Tetapi, bila sampai saat berkahwin sahaja, semua berpusu-pusu bukan ke Sungai Pusu tetapi cari Imam, masuk masjid, pakai sopan.


Jadi, kamu pilih ironi ini kah?


Atau iron baju?


Atau aku salah definisi ironi? eh?




Ok, ok. Aku pilih Iron Man 2. Siapa ada download?




Siapa?





p/s: semoga memberi peringatan juga kepada diri saya...insyaAllah


Friday 4 June 2010

- m e l i h a t j u m a a t p a d a j a m t e l e f o n b i m b i t -

Hari Jumaat.


Setiap kali hari Jumaat, aku rasa gembira. Gembira sangat. Maklumlah, bagi orang bekerjaya mahupun tidak, hari Jumaat adalah hari terakhir dalam jadual kerja. Kemudian, hari sabtu, hari ahad. Cuti.


Mungkin juga aku rasa gembira, kerana kedatangan hari yang disebut penghulu segala hari. Hari yang dimuliakan dengan pelbagai macam amalan sunat. Hari yang ada solat jumaat.


Errrr...


Dan hari yang waktu rehat lebih sejam. *wink*


Tapi adakah anda tahu fakta-fakta lain mengenai hari jumaat yang tidak anda ketahui?



Hari Jumaat.
Lebih ramai orang di masjid daripada solat fardhu? Itu anda sudah tahu kot. Buat penat sahaja aku menaip nanti.



Hari Jumaat.
Lebih banyak wang derma di masjid daripada hari kebiasaan. Itu pun anda sudah tahu kot. Anda yang menderma kan?. kan?



Hari Jumaat.
Lebih banyak bil-bil air yang perlu ditanggung oleh pihak masjid kerana sesi mengambil wudhu' oleh kebanyakan orang seperti pili bomba memadam api. Itu pun anda sudah tahu kot? kan?



Jadi sekian sahaja.


Kerana saya rasa semua fakta tersebut anda sudah tahu. Ke tak? Tak tahu. Mungkin tak kot? Sebab setiap jumaat pun macam itu.



Entah. *wink*




Selamat Hari Jumaat.

Tuesday 25 May 2010

- m e n a i p b u j a n g p a d a s t a t u s -

Beberapa bulan yang lampau :


Balik kerja lewat malam.


Memang emak selalu pesan." Jangan balik kerja lewat. Jangan duduk seorang-seorang dalam pejabat. Kalau buat kerja. Esok pun boleh sambung." Tetapi kerja banyak. Ada presentasi yang perlu disegerakan.



Lagipun, masih ada 3 orang dalam pejabat. Jadi, aku tidak kisah sangat pesan emak saat itu. Yang penting, kerja mesti siap. Dasar anak tidak dengar cakap.


Pukul 10.40 p.m. Aku sudah kemas-kemas meja. Rakan sepejabat pun sudah bersiap-siap untuk pulang. Bersih-bersih lukisan. Shut down komputer. Cek suis lampu satu pejabat kalau tidak mahu bos bising esok harinya. Kalau tidak bos pasti berkata :



"Bugger!. I told you to check and make sure everything are off before you leave the office. You never listen. Everything went through your left ear, went out the other way!!"



Bugger. Bukan bloody. Yup. Ok lagi kot.



Settle. Semua sudah di tutup.



Pukul 11.00 p.m



Salam-salam mesra dengan kawan sepejabat. Aku memandu pulang kereta Kelisa. Buka radio. Pasang CD lagu-lagu menyentuh perasaan lelaki bujang. Menyanyi dengan suara yang mengikut tempo dan pitching yang disediakan. Betul. Aku tidak tipu. Sambil memandu dengan berhemat dan melupakan sekejap hal-hal kerja.


Agak-agak pukul 11.30. Aku sudah sampai pintu rumah. Kunci kereta. Baca ayat Kursi sebelum masuk rumah. Itu pun emak selalu pesan. Bagi salam. Tapi aku rasa, semua dah tidur. Tidak apa. Yang penting cukup syarat bagi salam.


Naik atas.


Aku jengah bilik aku. Masuk. On komputer. Cadang mahu sambung sikit kerja di rumah. Sambil-sambil salin baju, basuh muka, gosok gigi. Hendak mandi, sudah lewat sangat. Angkat tangan ke udara. Bau sedikit ketiak. Masih wangi deodoran. Sesuai untuk tidur. Tidak mengapa.


Aku jenguk jam. Sudah pukul 12.00 a.m.


Tapi sebab aku sudah teguk Redbull. Jadi aku sedang seperti seladang. Sambil menyondol-nyondol kepala pada monitor. Salah. Langsung tidak. Aku cuma buka fail-fail kerja dalam komputer. Sambil duduk bersila. Kerana meja aku terletak di bawah paras lutut atas sikit daripada paras rupa.



Tiba-tiba.

Aku rasa tidak selesa. Tingkap semua tertutup. Aku masuk bilik pun tiada bau apa-apa tadi. Tetapi aku bau bangkai. Aku cuak sikit. Aku tarik nafas lagi sekali sambil hidung aku lebarkan seluas-luasnya. Memang sah bau bangkai. Aku jenguk kiri kanan. Cari punca.


Memang sumpah I tak tipu U dalam percintaan, tiada langsung punca. Bilik aku memang tiada tikus. Cicak pun tiada. Apatah lagi binatang-binatang berkaki empat dan dua yang lain. Aku berkaki dua. Tetapi langsung bukan binatang.


Soalan selingan. Bau bangkai dalam bilik anda pukul 12 tengah malam. Apa reaksi anda?



Sedar tidak sedar. Bulu roma aku sudah meremang. Sudah macam pokok-pokok hutan FRIM tegaknya bulu roma tersebut.


Aku bangun. Pergi pintu bilik. Aku buka luas-luas. Aku gerak, duduk di sofa luar. Buka televisyen. Aku baring sambil terkumat-kamit baca ayat Kursi. Cancel plan hendak sambung kerja. Sebab berapa minit sahaja aku baring, sedar-sedar sudah pukul 5 pagi.


Sehari selepas kejadian.


Aku pergi pejabat macam biasa. Kes malam sebelum tu aku senyapkan sahaja. Ye, aku tipu. Aku tidak senyapkan. Aku luahkan perasaan pada emak. Seperti biasa, emak pun meluahkan perasaan tidak puas hatinya kerana aku yang balik lewat malam.


Ok, terkena aku. Tidak apa. Itu tanda emak sayang. *wink*


Tidak mengapa. Aku pulang awal sedikit hari ini.


Pukul 9.00 p.m


Aku jengah bilik aku. Masuk. On komputer. Cadang mahu sambung sikit kerja di rumah. Sambil-sambil salin baju, basuh muka, gosok gigi. Hendak mandi, sudah lewat sangat. Angkat tangan ke udara. Bau sedikit ketiak. Masih wangi deodoran. Sesuai untuk tidur. Tidak mengapa.


Aku cuma buka fail-fail kerja dalam komputer. Sambil duduk bersila. Kerana meja aku terletak di bawah paras lutut atas sikit daripada paras rupa.


*Ye, dua perenggan di atas adalah ayat copy dan paste daripada kejadian sebelum ini.*


Kali ini lagi sekali bau bangkai. Dengan beberapa anak lalat kecil bermain-main riang di monitor komputer. Ok, ini sudah lagi sekali pelik. Aku hidu lagi. Bau memang sangat dekat. Dekat dengan hati. Pun bukan. Dekat dengan komputer aku.


Ada satu beg. Atas meja aku. Sekarang bulan April. Beg daripada bulan Mac. Beg hadiah pergi kenduri kahwin. Ada bunga telur. Dengan telur. Sebab nama dia bunga telur. Iye. Aku sudah letak sebulan atas meja aku.



Sebulan. Baru aku perasan.



Rupanya telur busuk pun boleh bau bangkai.



Lain kali kalau kahwin, tolong bagi bunga coklat ye? Boleh. Supaya aku tidak cuak malam-malam.



Terima kasih. Tuhan berkati kamu, insyaAllah.



*wink*

Sunday 28 March 2010

- m e n a i p e a r t h h o u r p a d a t a j u k -



Earth hour.




Orang ramai mungkin berpusu-pusu berkumpul. Mungkin hendak lihat earth hour. Ingin hayati dan hargai bumi.


Penuh dengan kereta tadi. Mungkin sebab hendak sambut dan tengok Earth Hour. Sambil bawa kereta yang consume minyak bumi.


Dan bawak beg plastik berbondong-bondong hasil barang hendak berpiknik tengok Earth Hour. Plastik yang belum tentu dapat recycle balik dan tidak dapat langsung dihadam oleh perut bumi kalau ditanam.


Kalau duduk rumah, nyala lilin sebiji, kipas berdiri satu. Mungkin lagi efficient. Tanpa perlu gerak kereta dan beli barang bubuh dalam beg plastik berbondong-bondong.


Kan? Sambil tengok kotak TV gelap tanpa perlu menghidupkannya.




Baru lah earth hour.



Eh, ke bukan? Ke kena tutup lampu dan keluar piknik?



Hurm.




--------------------------------------------------




1 jam bergelap untuk bumi.


Setelah berjuta-juta tahun, mungkin billion tahun bumi berbakti kepada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan Kamen Rider.


Cuma satu jam. Satu dunia. Semua bangsa, semua manusia beragama.


1 jam sahaja. Dalam setahun.



Dan.



Satu jam juga dalam hidup aku selama aku hidup 26 tahun.



Makan ayam Nando's di Alamanda, Putrajaya dalam gelap. Tanpa lilin atas meja. Cuma malap-malap lampu daripada dapur Nando's.




Jangankan ayam.




Malah, berapa harga bil pun aku tidak nampak.






----------------------------------------------



Aku tidak salahkan Nando's.



Aku tidak tahu hari ini earth hour. Maaf.




Selamat bergelap dunia.





Selamat Earth Hour.






p/s: sila padamkan telefon bimbit anda sebelum solat. barulah Allah hour. kan?




Monday 22 March 2010

- m e n a i p r i n g k a s p a d a s k e m a j a w a p a n -

Belajar.


Selalu orang pesan. Melentur buluh dari rebungnya. Mesti bermula daripada kecil. Senang diajar. Hati terang. Mudah masuk ilmu.


Kalau tunggu sudah tua. Baru hendak sambung ijazah. Baru hendak sambung diploma. Mungkin agak sukar. Tetapi insyaAllah. Mesti ada jalan, kalau ada kemahuan. Macam ada lebuhraya kalau ada Samy Vellu.


Tapi. Sudah belajar, makan masa pula. Itu pun belum tentu pandai. Sekurang-kurangnya, makan masa bertahun-tahun. Sudah graduate, makan masa pula hendak belajar mencari pengalaman kerja.


Sebab, semua benda bukan ada dalam buku teks. Kan? Ke buku rujukan? Ke buku skim pinjaman bantuan buku teks?


Entah.


--------------------------------------------------


Jadi.



Rasa-rasanya.



Kalau sudah tua, baru hendak kenal Tuhan. Hendak kenal iman.


Sempat ke?


Ke kena mula sekarang kot?



kan?



kan?




Sedangkan para ulama' pun makan masa bertahun-tahun untuk capai ke tahap itu.



Ini kan pula kita yang biasa-biasa ini.




*oh, kalau kamu biasa-biasa lah, macam saya. Kalau tidak, saya minta maaf.*




*Macam lagu P.Ramlee, "Maafkan Kami".*




Wallahualam.




Fikir sendiri. Sebab sudah tentu yang mampu baca blog sudah melentur buluh daripada rebungnya kan?






..........................






Ok.




Aku kenal rebung masa darjah 4 rasanya.




Aku rasa lah.







..........................










Thursday 18 February 2010

- a d m i r e r -



Admire.



Aku diam. Tanda pernah. Pernah terbuat perkara tersebut. Apakah, kenapakah, musabab tidak terjawab.


Pandang dari jauh, senyum dalam diam, membayang dalam bayangan. Pelik. Rasa macam bukan diri sendiri. Rasa seperti seorang makhluk lelaki paling merisaukan kesihatan mental walaupun fizikal gagah perkasa.


Kadang. Bukan hendak sangat jadi begitu. Sebab rasa semacam sia-sia. Buang imaginasi dan reaksi otot-otot muka hendak senyum seorang-seorang. Buang air muka, bila orang lihat kita senyum seorang-seorang. Buang masa, kalau akhirnya sia-sia. Buang air di bilik air.


Pernah rasa?Hati berbolak-balik. Antara sudi atau tidak sudi. Antara mampukah kita atau tidak mampu. Macam peperangan ideologi dalaman diri sendiri. Memberontak cuba menentukan keputusan yang tepat. Yang mana, akhirnya kesudahan cuma menjadi satu perkataan admire.


Dan kita sebagai admirer.


Sebab itu kadang-kadang. Kita hanya mampu melihat dari jauh. Cuma sedikit kelibat, sudah mampu melegakan rasa admire yang berlanjutan. Mungkin. Mungkin yang bergelar admirer, cuma inginkan perasaan sekejap, sejenak, sementara ini. Dan hanya untuk jangka waktu itu sahaja.



Atau. Mungkin kamu punya peluang. Melangkah lebih jauh.



Memberanikan diri. Menjadi lebih daripada admirer.


Aku ingin cuba. Supaya, at least aku tahu. Aku sudah mencuba. Supaya mungkin, aku tidak menyesal. Walaupun, mungkin keputusannya akan mencarik hati, tetapi carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Walaupun peribahasa ini tiada kena-mengena.


Jadi tidak sia-sia aku admire dia.





















Oh, Kamen Rider.



Suka benar aku melihat pakai berseragam beliau.




*hurm...(mendengus manja)*








Sunday 24 January 2010

- m e n a i p r i n g k a s p a d a m a n t i k -

"Eh, eh. Lajunya kereta. Cucuh-cucuh kereta orang sana-sini. Mentang-mentang kereta BMW beberapa nombor siri sudah bajet macam pembunuh bersiri."



Tidak mungkin la kan? Rephrase.



"Mentang-mentang kereta BMW beberapa nombor siri, sudah boleh bawak laju-laju. Menyampah. Berlagak. *Tangan kanan, lentur lembut sambil pukul angin dan tarik muka sambil buat gaya ayu.*"



Cliche. Yang ayat. Bukan gaya.



"Eh, eh. Lajunya bawak kereta. Baru kereta Kancil cenonet, dah hendak bawak laju-laju. Cucuh orang sana-sini. Tak sedar diri betul."



Cliche.



"Astaghfirullah. Lajunya bawak. Harap-harap Tuhan beri hidayah, pada dia dan juga diri saya. InsyaAllah."



Cliche? Kurang mungkin.



Aku cuba ingatkan diri aku. Supaya jadi daripada cliche. Kepada yang kurang cliche.





Susah. "Maklumlah jalan raya Malaysia."




Oh. Ok.



Itu juga ayat cliche.




*sigh*






Saturday 16 January 2010

- m e n a i p k o s o n g p a d a l o g i k a -



"Tak nak jadi hipokrit."



"Try to be who i am."


Bagi aku ayat-ayat cliche. Sangat cliche bila manusia sejagat menggunakan tatabahasa susunan ayat pemahaman karangan bahasa Melayu berikut untuk menunjukkan jati diri sendiri. Tapi bukan bahasa melayu pun. Tapi masih, "Wow". Aku teruja. Dengar macam sangat firma guaman dan arsitektur pendirian tersebut. Sangat firm.

Contoh-contoh di bawah adalah penggunaan ayat-ayat di atas yang mungkin atau pernah atau akan hadapi.


Perihal 1 :

Gadis. Mungkin sedikit seksi. Tidak bertudung atau memang seksi. Atau bertudung. Dan tetapi seksi. Atau kedua-duanya sekali. Atau memang semata-mata seksi. Fesyen sekarang macam-macam. Kalau ditegur. Mungkin ada yang terima. Alhamdulillah. Boleh buat isteri. *ehem*

Yang mungkin kurang terima ditegur. Keluar ayat di atas tadi. Ditambah dengan ekspresi yang sangat serius. Atau sedikit sinis. Atau kedua-duanya sekali. Atau tiada dalam jawapan di atas. Atau tambahan ayat.


"Ada yang tudung labuh pun. Bukan baik sangat."


Ok. Fine.


I'm fine thank you. How are you? (tiada kaitan dengan pernyataan di atas)



Perihal 2 :

Lelaki. Masih lagi pasal aurat. Atau seksi. Atau kedua-duanya sekali. Mungkin ada sedikit pasal adab. Ada yang tidak manis dibuat. Ada perangai yang agak kurang sesuai mengikut adat-adat ketimuran, barat, selatan dan utara Malaysia. Bila ditegur.

Keluar ayat-ayat seperti di atas. Yang mula-mula sekali. Ditambah dengan ekspresi yang sangat serius. Atau sedikit sinis. Atau kedua-duanya sekali. Atau tiada dalam jawapan di atas. Atau tambahan ayat.


"Ada yang pakai kopiah. Pergi surau. Belum tentu baik sangat."


Wow. Fine. Sangat firm.


Seperti firma guaman dan arsitektur. Sangat firma.



Eh. Ini bukan generalisasi manusia. Cuma segelintir pihak sahaja. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Patut la saya terasa pedas sejak tadi. Kerana cili tersebut saya yang makan.


Jadi.


Mungkin kita cuma perlu kembali kepada asas. Asas kita secara zahir dan batin. Siapa kita? Dan apa tugas kita?


"Tidak mahu jadi hipokrit".


Memang elok. Baik. Tetapi bukan hipokrit cuba berubah jadi baik. Bukan hipokrit cuba ikut hukum Tuhan kan? Sedangkan sahabat-sahabat nabi ada yang berasal daripada sejahat-jahat kafir Quraisy sehingga kepada sebaik-baik umat. Sebab kita asalnya memang sebaik-baik kejadian. Sebagai hamba Tuhan. Jadi mungkin sudah masa kita berlagak sebagai hamba Tuhan kan?



"Try to be who i am".


Iye. Jadi la diri kamu. Tidak suruh pula kamu menjadi Harun Salim Bachik atau A. Galak. Atau menjadi tentera. Atau menjadi Ultraman dan adik-beradiknya. Walaupun saya ada juga ingin menjadi Kamen Rider. Tetapi sebelum jadi diri kamu. Tanya diri. Siapa diri kamu? Kita muslim kan? Muslim kena ikut cakap Tuhan kan? Tak salah nak berpakaian. Tak salah nak berfesyen. Tapi ada batas-batasnya. Sedangkan manusia cipta batas untuk sawah padi. Kalau batas pecah mungkin kita marah. Jadi kalau Tuhan cipta batas-batas. Kalau kena langgar. Tuhan marah ke tidak ye?



Entah.



Mesti semua dah besar.



Sila fikir sendiri. Sebab saya hendak makan sarapan pagi.



Sibuk sangat seperti penyengat. Dan iye. Ini kata-kata berima.








*whatever*