Friday 27 June 2008

- p a n a s , I t a k s u k a -



26 hb Jun 2008


Pagi-pagi buta lagi aku sudah bergerak ke lapangan terbang. Flight pukul 6.30 bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Winter, windy bukanlah sesuatu yang seorang manusia tipikal mahu hadapi seawal pagi.


*terima kasih kepada warga rumah Preston yang menghantar aku*



8.30 a.m


Dengan bersahaja melangkah keluar dari lapangan terbang domestik Sydney. Berbekalkan satu beg galas dan beg raksasa
beroda buatan 'Unta Aktif', aku menaiki bas bertambang AUD$5.00 ke lapangan terbang antarabangsa.

Kalau lapangan terbang antarabangsa itu di sebelah saja, kan aku sudah mampu menjimatkan AUD&5.00 yang bersamaan dengan satu bar coklat Cadbury Caramello saat tiada tawaran murah.



1.30 p.m


Setelah terlewat satu jam setengah yang bersamaan dengan tidur yang sekejap, kapal terbang Jetstar berlepas ke Kuala Lumpur. Selain menunggu 4 jam lebih di lapangan terbang, aku juga menunggu satu jam setengah lagi di dalam kapal terbang kerana masalah teknikal.



Mungkin pekerja mereka sakit perut.



Aku sangka baik dalam hati.



8.30 p.m


Aku melangkah dengan bersahaja sekali lagi mengambil bagasi 'Unta Aktif', melalui lorong hijau dan tidak melalui kastam. Jangan tanya aku, aku main jalan sahaja.


Menapak keluar ke pintu ketibaan, mencari kelibat wajah yang dikenali. Tiada.


Aku baru ingat mahu membuat seperti orang lain yang melambai-lambai tangan kepada orang yang menunggu di railing stainless steel KLIA.



*tak mengapa, mungkin lain kali*



Rupa-rupanya ayah sudah lama menunggu di celahan manusia. Ternyata aku yang menepuk bahunya daripada belakang.



*maaf keterlewatan*



Balas aku berkucupan salaman tangan ayah.



*maaf keterlewatan*



Ulang aku saat berkucupan ciuman dahi emak.



Kini aku sudah berpijak di bumi Malaysia. Kenapa?



Sebab...





*panas*




*aku tak biasa*



*isk*










*gelak kecil*




Tapi aku suka.




Friday 20 June 2008

- f o u r m i n u t e s s t o r y -




Aku masih bersyukur aku hidup dalam dunia ni. Aku lebih bersyukur aku hidup dalam dunia ini sebab aku masih dalam dakapan nikmat Iman dan Islam dan aku tidak pernah berharap nikmat ini akan ditarik walau sedetik pun.



Walaupun aku bukan-lah hendak dikatakan pious atau alim. Tapi sekurang-kurangnya aku masih menunaikan kewajiban aku sebagai seorang Muslim.



Budayanya Melayu, ajarannya Islam penuh dengan adab dan tatasusila yang tiada kena-mengena langsung dengan susilawati dari Indonesia. Bagi aku, adab dalam Islam yang membezakan seorang Muslim dengan orang lain. Makanya, aku lagi sangat bersyukur, adab itu masih aku ingin pelihara dan masih aku fahami pengaplikasiannya.



20 Jun, 2008



Aku baru selesai pulang dari bandar Melbourne. Cadangnya mahu fotografi, tapi bateri kameranya lupa dicas secara terus membuatkan aku menyesali masa lampau.




*jahanam*




Maaf, demi menjaga adab, aku berucap dengan nada yang langsung tiada perasaan marah atau meninggi suara.


Cuaca sejuk seperti biasa, tiada harapan yang diletakkan pada winter untuk menjadi sepanas Malaysia. Ditambah pula hujan renyai-sekejap-lebat-sekejap penambah perisa kesejukan agar aku secara terus menggigil dan bermain hembus nafas untuk melihat kepulan-kepulan wap keluar daripada mulut.



Jadi aku hanya menjadi peneman mks sambil melihat dia menangkap gambar manakala hati aku masih lagi diulit kekecewaan.

Sambil cuba mencari-cari sudut-sudut indah pemandangan Melbourne, kami berada di salah-sebuah jambatan merentasi Sungai Yarra. Aku sibuk dengan Ipod mks atas dasar menjaga hati aku sebab takut aku berlari-lari anak meninggalkan dia yang sedang mengambil gambar.



*nasib baik aku manusia cool*



Aku dengar bunyi gorila. Dan dentuman tapak kaki yang kuat di atas jambatan. Mungkin king-kong. Mungkin.


Seorang perempuan berbaju merah berlari-lari anak yang persis anak gajah. Sambil mengeluarkan jeritan pekik dan lolong. Datang pula lagi seorang perempuan berbaju putih lalu mereka pun berlaga dada di hadapan aku dan mks membuatkan aku tergamam seketika sambil mendengar lagu Ingkar - Bunga Cintra Lestari.


Dua orang perempuan dianugerahkan nikmat yang sedikit berlebihan daripada segi saiz fizikal. Maaf, tiada niat langsung untuk aku mengeji cuma sekadar menghuraikan rupa fizikal mereka.



*maaf tau?*



Yang berbaju putih itu berlalu di hadapan kamera mks yang sedang bertenggek di atas pod kaki tiga.




"You better put away your f**king camera before I f**king throw it in the river"




Benar, aku ternyata mampu mendengar, memahami dan menghafal terus patah-patah perkataan yang dikeluarkannya. Aku langsung tidak faham kesalahan mks. Mungkin sebab dia terlalu kacak. Mungkin.



Kali ini.



Kali ini berlaku dengan lebih pantas.



Yang berbaju merah tadi menghalakan wajahnya ke lensa kamera mks sambil meluahkan pancutan amilase yang benar-benar tepat mengenai batang hidung kamera itu.


Iya benar, dan palitan amilase itu memang pekat berwarna putih. Nasib baik tiada tona berwarna hijau dan lendiran. Tertempek pada filter lensa.





*jahanam*





*nasib baik sabar itu ada...........................maaf*







*tetapi........selepas beberapa series and seasons of carutan*






Sebab itu aku berdoa supaya tidak ditarik nikmat adab dan tatasusila dalam diriku.



Dan juga Susilawati jikalau rupa parasnya seperti Tamara Bleszinsky.



Supaya aku langsung tidak jadi persis perempuan berdua itu. Dan
semoga mereka juga sedar.





*amin...amin...ya rabb-al-amin*





Sebab kalau tidak.




Barangkali mereka akan mencium wangian dasar Sungai Yarra. Bukan aku.





Mungkin Mks.






*mungkin*



Monday 16 June 2008

- O b s e s i K e c i l -



Obsesi kecil aku dulu sudah semakin melarat...



Walaupun hati aku baru sudah merasa pahit peperiksaan selama 3 jam tadi....



Pahit yang tidak mungkin selazat air kopi...



Ya, maafkan aku...



Walaupun aku tidak pasti berapa ramai yang membaca, tapi aku ingin ucap terima kasih sama kamu...




Atas dasar kiraan meter di sebelah kanan page...



Lebih-lebih lagi yang lazimnya memenuhkan ruang komentar...atau pernah memenuhkan ruang komentar...



"Bz, Matley, Sofea Rush, Deney, BlueCrystalDude, NeemSuicidePark, FaisalAdmar, Fara, Hadie, Moon, Xeem, Mass, Cibil, Mks, Suboh, Gorie, Fakhri, Dalina, Shahril, Isminanie, F.e.r.z.l.y, (^^,), Shaz, MaisarahKhairi,
Crappwerke, labusayung, Afif, Nazida, PakcikLuarOtak, Pemuja Rahsia, Ariff, Penapistola, Tya Ilyana, Ibad, Blexilaiho, wnf wj, The King, Anonymous, Annenynomous, Hippopotamus..."



*ok, yang hippopotamus itu aku sengaja tambah...maaf*



*Maaf kalau ada nama yang tidak aku tuliskan*




Sebab penting untuk aku bodek kamu semua...



Untuk kamu sama-sama berkongsi obsesi kecil aku ini...





Hadiah untuk anda semua...





me&k10D@waterfront





Macam mana?




Best tak?







*tak best?*







*kalau tak best, pergi main jauh-jauh....*




Wednesday 11 June 2008

s e k a d a r p e n d a p a t




"Hebat, hebat"



Aku anggukkan kepala tanda setuju. Mungkin aku lebih suka menerima pendapat daripada mengutarakannya. Mungkin aku lebih suka mengutarakan pendapat dan tidak suka menerimanya.



Kadang-kadang aku faham, setiap orang, setiap makhluk Tuhan, setiap manusia, setiap homosapien punya pendapat mereka. Sebab masing-masing punya akal. Masing-masing punya pemikiran.


Pendapat tambah fakta, jadi tepat. Mungkin 'pentepat'.



Pendapat tanpa fakta, hanya jadi pendapat. Opinion. Kosong. Yang kalau mahu diterima belum tentu benar dan belum tentu salah.


Kadang-kadang, pendapat jadi bercanggah. Tidak ngam. Tidak sehaluan. Normal.


Yang duduk dekat utara mengutarakan pendapat. Yang duduk kat selatan mengselatankan pendapat. Yang akhirannya jadi roti canai. Tapi sudah tentulah bukan. Akhirannya pasti-lah jadi perbalahan. Percanggahan pendapat.


Pendapat yang benar atau yang salah. Diri sendiri yang menilai. Kamu terima, tafsir, faham dan beri keputusan. Aku bagi satu cadangan. Tepis dulu ego. Aku ulang, tepis dulu e.g.o kamu. Sebab yang benar kamu tolak, pasti sebab tiga huruf yang dinyatakan. Yang salah kamu terima, juga sebab tiga huruf itu.



Atau kamu benar-benar tidak tahu. Jahil. Atau bodoh. Atau bengap.




*tapi itu cadangan aku sahaja. Belum tentu aku buat.*




Kenapa? Marah?



*mana-lah nak tahu kan?*


*pendapat aku sahaja.*


Pendapat yang pelbagai yang boleh memeningkan keadaan. Sebab itu kalau dalam sesebuah negara, kalau semua rakyat diberi peluang beri pendapat, satu rakyat satu pendapat. Kamu congak sendiri dengan mental arithmetic atau jari-jemari berapa banyak pendapat yang perlu diproses.



*Super-banyak-sangat.*




Jadi ada satu benda sahaja aku cuma mahu homosapien, manusia, orang, makhluk Tuhan berdarah daging ini faham.




Pendapat yang aku ceritakan ini sama sekali berlainan dengan pendapatan seseorang atau yang kita panggil 'gaji'.




Jadi jangan salah-faham.



Pendapat juga tidak ada cukai seperti cukai pendapatan.




Oh, ya...





*aku merepek*




*ya, maafkan saya*






*lalala (sambil berlalu pergi)*




Saturday 7 June 2008

- i k l a n -






camera-house-poster@preston






Ini cuma sekadar sedutan obsesi kecil berpra-sangka..



*Tak faham?*



Sudah, pergi buat kerja.





- n a s i a y a m m a s y u k - s e d a p -


Petaling Jaya, Bandar Tua (Old Town)


Setahun yang lepas...
Selepas solat Jumaat. Di sebuah gerai nasi ayam-masyuk-sedap...


mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap : nak makan apa?

aku : nasi ayam satu, ayam paha dengan sirap limau ais..

mr.manager : nasi ayam, dada, dengan kopi ais...



*mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap menghafal ala-ala tahfiz, teknik-teknik lazim seorang macha*



mr.manager : bagi sup kaki ayam sekali ya? (dengan muka excited)

aku : (cuba berpura-pura membuat wajah yang tidak excited)

mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap : baik bos, sikit jam mari...



*mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap berlalu pergi dengan gaya yang tidak langsung masyuk-sedap seperti nasi ayam di sebelah kedainya*


15 minit kemudian...


akak nasi ayam-masyuk-sedap : nasi ayam dua, dada dengan paha..(dengan tidak memandang)

aku : terima kasih, kak. (nada ikhlas lelaki sejati)


*senyum*


mr.manager : terima kasih eh..


*aku sedar ada serba kekurangan dari hidangan tadi. nasi ada. ayam ada. sayur pun cukup.*


mr.manager : kak, sup kaki ayam ye kak...


*akak itu memandang dengan wajah yang boleh dideskripsikan sebagai wanita penghidap penyakit pra-menstrualisasi atau mungkin sekadar sembelit*



*kalau boleh aku nak kira kerut dahi dia masa tu, satu...dua...tiga...*



akak nasi ayam masyuk-sedap : DAH ORDER KAN TADI?




*terkedu*



*Akak nasi ayam-masyuk-sedap itu berlalu pergi dengan lenggokan badan yang langsung tidak sesedap nasi ayam dan sup kakinya itu.*




Kami mendapat feedback muka ketat-macam-cucuk-botox dengan kerutan di dahi dan suara yang ditinggikan ke irritating-pitching.



Malah tidak dapat pun sup kaki tersebut.





*sungguh jahanam*




*nasib baik sedap nasi ayamnya.*




*nyum...nyum...cis*



Wednesday 4 June 2008

- A p a m a c a m ? -




Satu 3d model separa-cute, separa siap.


Satu research super-6000 patah perkataan suku kosong.


Satu essay Urban Perspective helaian kosong Microsoft Words.


Submission lagi 2 hari, hari yang sama.

.....................


" Murid-murid, kamu cakap dengan cikgu dan kepada satu kelas cita-cita kamu bila dah besar nanti."


Bergema suara gemersik buluh perindu cikgu muda wanita 20-an lepasan maktab perguruan berbaju kebaya dengan badan potongan gitar.



" Arkitek "



Ujar pelajar hingusan dengan kasut putih separa bersihnya.


Sambil mengesat hingus yang meleleh dengan lengan putihnya.



............



Adik, fikir cita-cita lain la tau?



*Nah, seringgit*



Amacam?




*gelak kecil*




Sunday 1 June 2008

- l e b i h b a i k d i a m, k a n ? -




" Kadangkala, sesuatu perkara lebih elok tidak diberitahu. "






Tetapi homosapien kan makhluk yang berakal dan akalnya senantiasa diselaputi kepala yang keras. Kebetulan simpulan bahasa Melayu sudah memendekkan huraian aku.




*Keras Kepala.*




Terima kasih Dewan Bahasa.


Lantas, kebarangkalian statement aku di atas ditolak, aku sudah sedia maklum.


Logika-nya masih ada, bagi pendapat hina-dina aku yang separa-cute ini walaupun Agnes Monica kata tiada logika. Sebab, bukan semua benda seseorang itu rasa perlu berterus-terang. Aku pasti setiap orang punya perkara yang mereka perlu disimpan untuk diri sendiri. Perkara gembira. Perkara buruk. Perkara suka. Perkara duka. Perkara memalukan. Perkara-ngan rumah.


Whatever.



Atau mungkin perkara yang lebih elok tidak diberitahu. Tidak diwar-warkan. Tidak diwacanakan. Perkara-perkara yang mungkin membentuk kemungkinan lain yang lebih buruk. Yang biasanya kita sendiri tidak tahu.



Aku juga punya benda yang aku simpan untuk diri aku.



Aku yakin kamu juga punya sesuatu.



Dan juga makcik yang berdiri di belakang kamu itu juga punya sesuatu yang tidak mahu diberitahu.



Perkara yang biasanya bila difikirkan semasak-masaknya. Yang sudah ditimbal segala consequences-nya. Lantas empunya diri membuat keputusan, "Nah, perkara ini lebih harus disimpan sahaja."


Jadi sebagai orang yang bukan empunya diri. Aku cadangkan jangan campur tangan dengan idea-idea bernas kamu.


Sebabnya, apa yang kami rasa, takkan kamu yang lebih tahu? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Tak mungkin ketua kampung yang rasa pulak kan? Ketua kampung itu pun belum tentu suka makan cili. Jadi, niat untuk tidak beritahu itu kerana kami yang pertimbangkan perkara itu. Dengan niat supaya tiada siapa yang akan merasa bahana consquences-nya.



Dengan niat ingin menjaga hati semua pihak termasuk diri sendiri.




Sebab itu aku sudah buat keputusan untuk mendiamkan diri. Simpan 'perkara' itu dalam hati.




Maaf.




Aku terpaksa rahsiakan daripada roommate aku, Suboh.



Aku berat hati untuk beritahu dia. Aku tak nak dia sakit hati. Aku tak nak in the end aku yang sakit hati. Lagipun, benda dah jadi.




*nak buat macam mana kan?*





Maaf Suboh.







Ini untuk kebaikan engkau dan aku. Jadi aku tak nak beritahu.








*Sorry beb*








Aku tak sengaja terkentut tadi.








*Sorry!*