Friday 21 March 2008

H a r i T e l u r

Aku happy. Cuti.

Hari Telur, mereka panggil Easter. Saja je nak bagi sedap.

Kalau aku sudah goreng sahaja, hidang sekali dengan cheese dan lettuce.


"Sedap."


Patutnya pagi tadi aku dah memerah keringat dan menahan mata besar aku daripada tertutup dalam kelas.


Urban Perspectives.


Menarik, tapi masih mengantuk. Nasib baik, hari ni venue tidur aku atas katil. Katil spring, tebal sejengkal.

Oh, lupa, second-hand. Tapi tak mengapa. Masih belum ada kesan-kesan jangkitan berbahaya.


Aku semak assignment.


Banyak! Shit.


Tak ikhlas betul bagi cuti.


Memang telur!.

Thursday 13 March 2008

A w e k , G a d i s , P e r e m p u a n & W a n i t a [ 2 ]

Akal aku yang panjang sejengkal ni pun penat memusing dan berfikir. Sambil tangan aku sibuk membuka pautan beg Nikon, perlahan-lahan membongkar keluar si Pentax.

"
Siapa suruh teragak-agak beli beg Crumpler kat kedai kamera tadi? Kan dah pakai beg pinjam je."


Ah, aku peduli apa. Beg tu stock dah abih. Puas aku tanya si gadis Australian berambut blonde itu. Dia bilang ada 2 stok, tapi ke mana ntah hilang stock dia tu. Tapi...

"Nasib baik dia peramah."

"Cun."

Yang tu pulak kau ingat. Pergi mana-mana pun mesti mahu cerita perihal Awek , Gadis, Perempuan & Wanita. Pasal cantik atau tidak cantik. Even kalau pergi ke kedai kamera ke, shopping mall ke walhal ke pasar malam sekalipun, lelaki pasti mencari kalau ada pekerja perempuan. Mudah berurusan kononnya ...

"Chemistry......" . Mereka kan kutub utara, kita kan kutub selatan.

Ala, macam besi berani, yang kamu bilang magnet itu. Kalau bertemu pasti sepadan. Padahal bukan pandai sangat pun subjek kimia masa sekolah dulu. Sekarang depan perempuan mahu sembang pasal kimia ya?

Agak lama aku memegang kamera sambil berfikir. Aku cuba snap satu, dua gambar. Saja cuba-cuba. Gambar senibina.......


Aku kan pelajar seni bina?

Jangan kamu salah-faham pula aku cuba snap gambar gadis-gadis manis sekitar Federation Square ini. Walaupun rasa mahu, tapi aku malu...

Hampa. Senja dah terlalu gelap. Gambar tak menjadi...

Aku selak lengan baju Giordano long sleeve aku, cuba melihat jam tangan Fossil aku yang kian lusuh talinya. Waktu seperti memberitahu aku, kau sudah perlu lekas solat Maghrib terus membuatkan aku bingkas bangun, bergerak mencari tempat sujud.

Pantas kaki aku melangkah,berderap-derap , mengelak-elak cuba melawan arus tipikal malam minggu Australia yang berpusu-pusu bergerak dan semestinya bukan ke Sungai Pusu tetapi menuju ke sekitar Sungai Yarra. Nampaknya hidangan bunga berapi malam ini begitu tinggi tarikannya.

....dan lagi, mata aku melirik sekali-sekala saat terpandang wajah genetik Australian atau Asian yang memintas-mintas di kiri dan kanan aku. Mata mana yang tidak mahu memandang kecantikan, kan?

"Tapi cantik yang ini kan zina mata?"

Er, kalau pandang 2 kali kan? Nasib baik aku tak kelip.


"Tapi ko kan kata mahu cari tempat sujud tadi?"


Aiseh, aku lupa. Fokus, fokus ...

Akhirnya, aku nekad juga sujud kepada Tuhan dekat car park Federation Square. Aku alas beg coklat lusuh aku sebagai alas sujud. Aku cuba cari spot yang tiada gangguan atau mudah dilihat. Aku tidak mahu ada "jemaah" yang bukan agama aku pula yang menepuk bahu aku.

Kamu faham apa. Kamu faham kenapa. Kalau tak faham, kamu tanya aku sendiri ya?

Selesai sahaja, aku terus membuka langkah ke tepian sungai Yarra. Cuba menyempurnakan tujuan asal aku. Ingat lagi?


"Pertunjukkan bunga berapi-api."

"Moomba Festival"

Aku sudah boleh lihat di tebing-tebing sungai Yarra tu, penuh dengan homosapien-homosapien ghairah cuba menghiburkan malam minggu dengan pertunjukkan bunga berapi. Aku juga tahu aku salah-seorang homosapien yang ghairah itu. Macam kebiasaan. Yang memanupulasi populasi manusia malam itu pastilah daripada golongan awek, gadis, perempuan & wanita.

Macam kebiasaan juga, kau cakap saja yang mana.

"Asian, Australian atau Aboriginate," Mungkin ada Latino, siapa yang tahu? Aku juga cari kalau-kalau ada.

Bagi mata aku, setakat hendak menangkap yang cantik-cantik memang mudah. Mungkin sebab terlalu ramai di situ. Suara riuh-rendah buat kepala aku kusut kejap. Wajah-wajah yang molek dan manis buat aku leka seketika. Tubuh-tubuh yang .....

Senyap seketika.

Errr, yang itu tak mengapa. Aku simpan sendiri sahaja. Ok?

Dan oh, aku berbalik kepada persoalan sebelum ini, apa yang buat orang lelaki mengiktiraf mereka sebagai cantik? Patut kah ada gelaran tidak cantik pada sebahagian mereka?

"Kan Tuhan jadikan manusia itu semua cantik,"

Memang betul, tetapi Tuhan juga jadikan lelaki dengan naluri kelelakian mereka. Tak tahu apa yang kamu rasa, tapi aku rasa begini. Bagi mereka, naluri kelelakian mereka mengatakan gadis ini cantik dan gadis ni tak cantik.

Salah.

Bagi aku, semua kejadian Tuhan itukan memang cantik. Mana ada tak cantik. Semua cukup sahaja aku rasa, 2 biji mata, satu batang hidung. Datang dengan complimentary gift, 2 lubang hidung. Cuma naluri kelelakian itu...

Naluri kelelakian itu yang mentafsirkan. Jahat kamu naluri. Jahanam kamu nafsu.

Tapi bagi aku, tiada manusia yang Tuhan ciptakan tidak cantik. Kalau naluri kelelakian mentafsirkan rupa seseorang yang hanya pasti adalah yang lebih cantik daripada yang cantik. Kalau boleh, tiada istilah "tak cun langsung".


"Kamu faham maksud aku?"

Jangan kamu salahkan akal lelaki yang 9 itu ya? Kerana paras datang dahulu. First impression. Aku rasa kamu juga nilai begitu. Tapi, wanita itu cantiknya di mana yang kamu nampak? Tapi aku bisa bagi kamu contoh senario apa yang lelaki selalu nampak pada gadis. Kamu nilai sendiri..

Satu
Yang aku perasan, ada lelaki suka gadis ranggi. Kamu tahu? Rambut lurus, mata bercelak, baju ala-ala Puan Avril Lavigne. Oh ya, dia dah berkahwin.

Dua
Gadis yang seksi, pakaian terdedah sikit sana-sini. Buat aku terliur sahaja. Jenis open-minded,
wajah seakan-akan artis-artis Malaysia. Oh ya, kamu kenal Fasha Sandha atau mana-mana artis penghias halaman Bintang Popular?

Tiga
Ada yang nampak cantik bagi gadis-gadis yang bertudung. Mungkin bukan yang labuh, tapi masih bertudung. Oh, tapi mungkin yang agak toleransi? Barangkali. Yang baju masih agak fit. Aku pun suka.(er...)

Empat
Yang bertudung labuh atau sopan. Wajah lembut, sejuk mata memandang. Jaga sempurna segala-segi. Yang pasti tak mungkin memandang aku langsung. Aku seperti pasti.


Ini apa yang aku rasa sahaja. Hasil observasi. Hasil pengalaman hidup. Hasil pertapaan yang kamu tak perlu tahu apa.

Jadi kenapa masih ada kaum Hawa yang tidak puas hati bila lelaki memandang yang lebih cantik?

Macam mana?


Monday 10 March 2008

A w e k , G a d i s , P e r e m p u a n & W a n i t a [ 1 ]

Saat aku duduk dekat Federation Square, Melbourne sorang-sorang dengan menyandang beg coklat yang semakin lusuh dengan sebuah beg kamera tertera logo Nikon tetapi berisikan kamera Pentax di dalamnya, aku menerawang jauh melihat suasana sekitar.


"Moomba Festival"


Aku pun tidak tahu sebenarnya maksud ayat di atas ini saat aku duduk atas batu pavement Federation Square yang bertingkat-tingkat. Aku cuma patuh apabila disuruh menunggu oleh Suboh untuk pertunjukkan bunga api. Cuma 10 minit tapi mungkin boleh mengisi ruang kad memori kamera aku.

Suara orang ramai cukup riuh menghidupkan suasana yang sudah semakin berat senjanya; lampu-lampu jalan dan lampu-lampu bangunan pun sudah mula dihidupkan. Bola mata hitam aku sibuk melihat orang ramai lalu-lalang.


"Australian, Asian atau Aboriginate?"


Kau tanya lah yang mana, semua ada aku rasa. Tapi apa yang menarik perhatian mata aku pastilah jantina berlawanan. Yang kamu semua bilang perempuan. Dan aku juga cukup kenal dengan nama-nama Awek , Gadis, Perempuan ataupun Wanita.


"Ini namanya mengusha la tu macha...."


Ya, tepat sekali. Tetapi aku lebih suka mendengar panggilan scientific-nya;


"Observasi homosapien jantina berlawanan.Dan dalam konteks aku sekarang pastilah tertumpu pada jantina perempuan."


"Oh ya,aku tahu dan maafkan aku."


Aku masih seorang lelaki dan mungkin naluri kelelakian aku meninggi di waktu senja remang yang memaksa aku berbuat begini.


"Atau mungkin sekadar nafsu dan bisikan encik syaitan je dalam hati kau. Siapa suruh kau duduk kat Federation Square maghrib-maghrib tue."


Em...yang itu pun betul jugak. Tapi aku tunggu orang sampai. Tapi mengusha itu mungkin memang tabiat aku. Atau ..............


"Whateverlah ya?"


Tapi memang cukup ramai gadis yang mata aku kategorikan sebagai cantik atau mungkin ada beberapa orang gadis atau wanita yang lalu-lalang di Federation Square itu yang mencapai tahap "gadis super-cun". Memang cukup ramai sebenarnya perempuan yang cantik-cantik sekarang sampai naik juling mata-mata lelaki melihatnya.


"Alah, lelaki sekarang ni semua memilih rupa je, yang cantik, body lentik suka la diorang tue."

"Dasar lelaki."

Oho... aku cukup familiar dengan statement macam ni kat Malaysia. Maklumla, dunia globalisasi ini memaksa lelaki untuk memilih paras rupa. Bukan salah kami, tapi salah dunia globalisasi. Terlampau banyak sogokan si rupawan di kaca TV. Ramai lelaki diajar sebegitu. Lelaki anggap, itu benchmark kecantikan seorang wanita.

Wanita pula semakin memuncak populasinya dan menenggelamkan populasi lelaki sedikit demi sedikit. Aku terfikir senario di institut pengajian tinggi awam di Malaysia tempat aku belajar dahulu.

Kalau ada 10,000 orang pelajar, 7,000 perempuan dan 3,000 je lelaki.

Cuba bayangkan dalam 7,000 orang pelajar perempuan, tak mungkin ada 1 atau 2 orang saja yang cantik. Pasti ramai. Patutlah aku rasa macam ada perlambakan gadis-gadis cantik di mana-mana bandar aku pergi.

Sampai satu tahap, korang akan jemu usha perempuan, sebab terlampau ramai yang cantik-cantik, terlampau ramai yang comel-comel, terlampau ramai yang manis-manis dan terlampau ramai yang ayu-ayu. Sampai aku terfikir apa faedahnya usha perempuan ni...


Satu

Aku tahu sama sekali aku takkan mampu membuat si gadis-gadis cantik ini menoleh balik mengusha aku. Aku jemu jadi bahan ujikaji syok sendiri aku.

Dua

Aku tahu sama sekali rupa yang aku miliki bukan rupa idaman wanita-wanita masa kini. Mungkin wanita zaman 60'an akan memandang aku jika aku menyimpan misai nipis ala-ala P.Ramlee.

Tiga

Terlampau ramai yang cantik-cantik sampai aku kurang jelas apa maksud kecantikan yang sebenarnya. Mampu membuat aku rasa keliru dengan definisi kecantikan. Ini bahaya...

Empat

Aku sedar akan adanya dosa zina mata, sepatutnya aku letakkan reason ni sebagai sebab utama. Aiseh....

*berpeluh besar di belakang kepala sejenak*

Jadi apa yang lelaki letakkan kriteria pada kecantikkan seorang wanita?

Apa yang menyebabkan lelaki mengatakan wanita itu cantik?

Bukan semua ciptaan Tuhan tu cantik ke?