Tuesday 16 December 2008

- b a s a h -




Kesat. Mengesat mata yang berpisat-pisat.


Terkebil-kebil.


Aku duduk kaki melujur atas tilam nipis kurang sejengkal tanpa cadar.


"Damn"


Basah. 



Ini yang paling aku tak suka kalau bangun tidur basah.


Kalau bantal basah dengan peta rekaan itu aku faham. Aku masih boleh pura-pura menghirup sisa-sisa yang masih melekat pada tepi bibir. Walaupun tidak semanis menanam tebu di pinggir bibir, tapi tidak mengapa.


Tapi basah yang ini sukar sikit.



Leceh.



Mesti ramai orang tidak suka. Malas. Penat. Letih.


Sambil jari memegang bahagian basah itu.


Mengesat-ngesat pangkal.




Pangkal yang masih basah.




Pangkal hidung.




*oh!*




Yang tidak berhenti mengalir sejak beberapa hari lepas.




Oh, lecehnya. 




*selsema*




*mengeluh sambil mengesat-ngesat hidung*





Friday 12 December 2008

j a g a h a t i (episode 1)




Aku kurang pasti. Aku tidak tahu samada betul atau salah.


Aku kalau seboleh-boleh mahu jaga hati setiap orang. Yang aku kenal, yang tidak kenal mahupun yang tidak mahu mengenali aku. Apatah lagi hati ibubapa atau darah kandung sendiri.

Dalam kepala otak akal dangkal, skeleton kepala keras menulang ini, aku sering fikir senang sebenarnya nak jaga hati orang. Orang ramai sekeliling kita. Tidak kisah samada ko ikhlas mahu jaga hati atau tidak, sekurang-kurangnya kau tahu jaga. 

Dari kamu kecil, congak sendiri berapa umur. Kalau rahsia, tidak mengapa. Congak senyap-senya umur kamu. Berapa banyak kali kamu cuba jaga hati orang disekeliling. Atau senang dan mudah kisah, jaga hati manusia-homosapien-makhluk tuhan-khalifah muka bumi.

Susah kan?Mana ada orang kira atau congak bilangan mereka menjaga hati orang lain. Siapa suruh kamu congak? Kan sudah terkena.


Mungkin. Mungkin daripada kecil sehingga dewasa. Kamu jaga hati ibubapa, kawan-kawan, adik-beradik, cikgu, sesiapa sahaja. Tapi atas dasar apa? Atas tatacara adab atau mungkin ethics yang kamu belajar? 


Mana aku tahu? Aku cuma cetuskan supaya kamu terfikir.


Aku cuma tahu diri sendiri. Aku belajar adab dan tatacara. Adab orang melayu. Adab agama. Bagi aku adab yang bezakan kita dengan makhluk Tuhan yang lain. Adab yang juga mendefinisikan akhlak. Aku rasa. Aku rasa sahaja. Jangan kata aku yang buat definisi itu. Sebab lain orang, lain ajaran adabnya. Ada yang lebih ada yang terkurang.


Susah. Siapa kata senang jaga hati orang lain. Sebab kalau kamu seorang sahaja jaga hati orang, kadang-kadang orang lain mana pernah mahu ambil tahu isi hati kamu? Kan buang masa? Buang keringat, buang tabiat, buang air. Tapi buang air wajib. Kalau tahan merbahaya. Boleh menyusahkan orang awam dengan bau yang diperam lama. 


Aku lepaskan bab jaga hati dengan ibubapa. Sebab bagi aku itu wajib. Atas dasar hormat. Atas dasar respect. 


Tapi jaga hati rakan-rakan. Bukan senang. Kalau kawan beribu. Macam mana? Ada seribu isi hati?Kamu yakin mampu jaga semua? Aku kalau bagi seratus pun aku belum mampu. Tapi aku boleh cuba. Sekurang-kurangnya aku cuba. 


Bagi aku, biar orang tidak jaga hati kita, tapi sekurang-kurangnya kita buat tugas kita. Biar sekurang-kurangnya kita rasa lega. Kita buat apa yang kita rasa betul.  Kan?


Kalau tak betul pun sila jaga hati aku. Ok?


Jadi, apa lagi. 


Kalau aku pulang ke Malaysia, bisa belanja aku minum teh o ais limau segelas-dua?


Boleh?



Tak nak jaga hati aku ke?



*mata bersinar-sinar*








Saturday 6 December 2008

i n t e r m i s s i o n (maaf, aku cuba cari masa lagi lapang untuk tulis lagi panjang)




Aku sangat pasti satu pepatah.


Tiba-tiba aku terdetik sejak beberapa minit yang lalu. Yang berkait dengan peristiwa beberapa puluhan minit sebelum itu pula.


" Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kampung halaman "


Pepatah mudah, kalau dah jatuh,..... sakit. Jadi pasti orang ingat, jatuh tangga. Jatuh bukit. Ataupun mungkin cuma jatuh hati. Tidak kisah juga apa jenis jatuh. Jatuh tersungkur, jatuh terlentang, jatuh terduduk.

Aku pasti relevan sangat pepatah ini.


Saat aku terkenang kampung halaman.


Dalam beberapa hari yang lepas. Saat aku masih berada di Brisbane.


Dan aku pasti terkenang akan Gold Coast.


Saat aku terjatuh.


Selipar putus. Tangan luka.


Oh, Gold Coast.


*sakit*




*adeh!*



Tuesday 2 December 2008

K e l i p ?



Saat aku buka kelip mata ku.

Bukan suasana norma kantung hidupku.

Bukan lokasi asal tapak lelap mata ku.

Rupa-rupanya aku dalam percutiaan.


*anda bila lagi?*


*wink, wink*



Thursday 20 November 2008

- b o s a n ? - (dari iMac pinjaman)




Bosan.


Bosan ini seperti penyakit. Tak sakit tapi tak sihat jua. 


Bosan ini seperti sindrom. Berjangkit tapi tak berbahaya.


Kadang-kadang rasa seperti ingin melempang anak jiran sebelah. Tapi apakan daya, tangan bapanya sahaja sudah besar paha.


Bosan bisa menular. Tapi dari akal ke urat kaki sahaja. Langsung tiada kaitan menular dengan ular.


Bosan laksana kentut. Dipendam perit. Dilepas perlu.


Bosan kadang terasa seronok, tapi kalau dah bosan mana ada seronok.


Bosan kadang rasa perit. Rasa meminum jus pegaga. Tapi itu pahit.


Bosan laksana keyboard. Tidak ditaip tidak keluar huruf.


Kan dah keluar seberapa patah huruf ini.


Siapa kata aku bosan.


Takkanla duduk rumah bosan.


Kan?


*ceh*




Saturday 15 November 2008

h i p o k r a s i ?



Hipokrit.
Hypocrite. hyp-o-crite.


Langsung tiada kaitan dengan hippopotamus mahupun konkrit. Cuma satu gelaran untuk manusia bermuka-muka. Bukan juga bermaksud muka dia banyak tetapi merujuk kepada sikap. Jadi jangan ajar yang bukan-bukan tentang perkataan hipokrit kepada yang belum tahu.


Aku selalu dengar perkataan ini. Banyak kali zaman sekolah berasrama dulu.


*Jangan hipokrit dalam tarbiyyah*


Oh, iye. Perkataan tarbiyyah memang betul. Bukan aku sahaja-sahaja mahu letak. Sekolah berasrama penuh agama. Jadi perkataan tarbiyyah sudah menjadi sebutan mulut aku sejak itu.
Sebab sekolah berasrama agama. Bukan semua betul-betul mahu ikut semua aktiviti yang diberi
di asrama.


Usrah. Halaqah. Liqa'. Tazkirah. Kuliah subuh, zohor, asar, maghrib, Isya'.


Jadi ramai yang buat. Tapi terpaksa. Aku akui. Kadang-kadang aku buat terpaksa. Susah mahu ikhlas sepenuh hati. Tapi aku buat juga. Sebab rasa hormat. Respect. Tapi bila aku ikhlas aku tidur. Ok, tipu. Memang aku kebanyakan masa aku tidur. Setiap usrah, halaqah, liqa', kuliah subuh, zohor, asar, maghrib, isya'.

Atas rasa hormat aku buat. Jadi adakah boleh dilabelkan hipokrit atas dasar hormat? Aku tak tahu. Bukan aku yang menentukan. Label hipokrit tetap bertempel. Aku bukan mahu. Kamus yang label begitu. Manusia yang cipta kamus. Jadi salahkan pencipta kamus.


Aku bukan baik. Tetapi bukan juga sejahat penjahat. Cuma nakal. Tapi bila ada masa perlu hormat, aku hormat. Ada masa tidak perlu nakal, aku tak nakal. Kadang-kadang sahaja aku tidak perasan.

Jadi hipokrit. Label atas aku.


Ada orang kata. Malas jadi hipokrit. Sudah memang nakal, tunjuk sahaja nakal itu. Daripada jadi alim tapi buat nakal juga dibelakang.


Bingung. Mungkin aku. Mungkin juga mereka. Hipokrit aku jamin tidak sedangkal itu maksud dia. Semua manusia hipokrit atas nama kamus. Manusia memang suka melabel orang lain. Mungkin aku juga termasuk dalam manusia itu.


Kadang-kadang baik depan orang tetapi nakal. Hormat. Jaga adab. Bukan hipokrit. Tegur orang buat silap, tapi sendiri buat silap itu, mungkin sebab sayang orang lain lebih daripada sayang diri sendiri. Mana kamu tahu. Kan?


"Semua perkara bermula dengan niat. Kan?"


Jadi, aku pun kurang pasti apa yang aku tulis. Mungkin sebab lapar tidak bermakan malam semalam.


*grrooooih..(bunyi perut)*


Ada sesiapa yang rasa tidak hipokrit dan hormat mahu belanja aku makan?


*garu kepala*




Friday 31 October 2008

- K o s o n g ? -



Kosong.



Sejak dua menjak ini hidup terasa kosong.Atau mungkin cuma sejak beberapa puluhan minit yang lalu.


Aku rasa macam perlu diisi sesuatu. Yang aku sendiri tidak sedar apa.

Saat tenung monitor komputer rasa melayang. Tugasan yang dikerjakan rasa langsung tidak berkepentingan.

Aku sedar orang lain penuh berisi hidup mereka. Ada orang sibuk cerita hidup orang lain. Buat apa?


Tapi buat apa mahu tengok hidup orang. Hidup aku sendiri masih kekosongan.


Bukan tengok hidup orang hidup kamu bisa diisi. Asyik sibuk jaga tepi kain orang, kain kamu sendiri lompong di bahagian punggung. Rabak. Bocor.


*oh, bukan*


*Itu cuma kain hijau aku yang lompong. Maaf.*


Kerja aku kerjakan terhenti. Mungkin sudah sejak 20 minit yang lalu. Akal terasa sangat kosong, jiwa rasa kosong.


Lukisan cuma separa siap atas meja. Buntu.



Terasa kosong benar.


Perut aku.



Nasib baik ada Indo Mie, mee segera. Pengubat selera remaja di Australia.


Hanya 2 minit pengubat kekosongan.


Mahu cuba?




Monday 20 October 2008

b o l e h ?


Al Fatihah buat Sara Aziz.
(yang hanya sempat aku kenal kerja-kerja fotografinya di Flickr)



Terlampau banyak kisah orang datang dan pergi.


Aku dengar dalam belum hampir sebulan Syawal ini.

Walaupun tidak aku kenali atau mungkin tiada hubungan langsung dengan diri aku, aku harap sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah buat mereka.

Supaya Tuhan meletak mereka di kalangan orang-orang yang Dia redhai.

Dan mungkin kalau sampai suatu hari giliran aku. Jangan pula lupa sedekahkan Al-Fatihah, ya?

Aku demand dengan lawatan ke kuburan aku setiap kali Hari Raya. Boleh?

Tak perlu bawa siraman bunga kasih-sayang. Cuma melawat. Boleh?


Nanti aku bagi alamat.


Bukan sekarang.


Nanti.




*sengih*


Tuesday 7 October 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Box to Box atau cuma lalu dan jenguk-jenguk sahaja.

Semoga sama-sama kita penuhkan undangan ke rumah-rumah terbuka kerana siapa tahu, mungkin nanti bila kita pula akan ke alam barzakh, akan ada yang sudi menziarah, menyembahyangkan dan membawa jenazah kita.

*kan?*


*amin...*


Sunday 28 September 2008

- 3 H a r i S e b e l u m R a y a -



8.00 pagi, 28 September.



Aku garu kepala. Kesat-kesat mata yang tidak gatal.

Lagi 3 hari nak raya rupanya. Patutlah macam tak percaya sahaja. Rasa macam minggu lepas baru mula puasa.

Patutnya secara norma masyarakat Melayu, aku sudah duduk di kampung saat dan ketika ini. Mungkin dalam pukul 8.00 pagi belum bangun lagi.

Tapi yang penting, aku sudah tidur atas lantai papan serambi kampung nenek, sambil beralaskan toto lusuh buatan Korea, selimut separa tebal dan bantal buatan tangan nenek. Sepatutnya saat ini, tatkala(langsung tiada kaitan dengan kuih tat) aku yang sibuk memenuhkan jadual waktu tidur 8 jam sehari akan dikejutkan oleh hentakan kaki yang kuat, berdentam-dentum atas lantai papan serambi itu.

Sepatutnya, saat ini, badan kecil tapi sedikit tough, separa cute ini sudah diduduki oleh adik-adik sepupu hingusan saat aku masih dibuai mimpi.

Dan sepatutnya, saat ini, mak, atau nenek, atau mak-mak saudara sudah memanggil nama aku atau sepupu aku untuk keluar ke pasar membeli barang dapur untuk berbuka.

Sepatutnya, aku yang sedang membuat headlock atau mungkin suplex kepada adik-adik sepupu yang duduk atas perut aku saat aku tidur tadi akan terus bangun dan mengemas toto lusuh buatan Korea itu sebelum aku pula di suplex atau chokeslam oleh emak-emak saudara kerana tidak mengemas tempat tidur.


8.00 pagi, 28 September.


Tapi, saat aku bangun. Aku hanya mendengar suara-suara lelaki yang memanggil sahur.

Juga tiada toto lusuh buatan Korea tetapi hanya ada tilam berspring nyaris sejengkal, sebuah sleeping bag yang sudah koyak tepi dan bantal yang sudah lembik.

Atau tidak mungkin housemate aku akan duduk atas perut aku seperti adik-adik sepupu aku saat aku tidur. Sudah pasti aku akan rasa berdebar-debar atau cuak atau hanya melempang spontan.

Dan tiada suara-suara yang memanggil menyuruh membeli barang dapur untuk berbuka, kerana aku sendiri terpaksa membeli kerana giliran memasak hari ni.

Aku pun berkata dalam hati.


*Seronoknya beraya di perantauan*


*Sambil mengesat lelehan hingus sisa selsema 2 minggu lepas*


Siapa kata air mata?


*Hingus je la.*


*Betul*



*Bulan puasa, takkan nak menipu.*






Tuesday 23 September 2008

r a y a - d a v e - h i l l - e f f e c t . j p g



Oh, ya. Belum raya.


Siapa kata sudah?


Maafkan saya, tidak berkesempatan menulis blog. Ingin ucap Selamat Berpuasa.


Kepada yang lelaki, sila puasa penuh.


Kepada yang kaum hawa. Sila puasa........sahaja.


Sekian.






Friday 12 September 2008

r o w - a - b o a t . j p g




Sepetang mendayung sampan berjongkang-jongkit di pesisiran hadapan lautan.


Sampan di atas pasir.


Dalam bulan puasa.


Sambil terkenang kuih keria.


*uh, uh, uh* (sebut dalam nada meneran)




Sunday 7 September 2008

b u l a n p u a s a & c h u b b y ?


Mereka kata aku semakin chubby. Aku rasa tidak. Lebih kepada semakin healthy.Sebab aku memang selalu underweight di Malaysia. Tapi aku langsung tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan tinju featherweight atau heavyweight, sebab aku hanya underweight.


Jadi sekarang ni bulan Ramadhan. Puasa. Sinonim dengan kurang makan dan minum. Sepatutnya.


Jadi mungkin ini peluang aku mahu slim-kan sikit pipi aku yang semakin naik. Hanya pipi, yang perut, tangan atau kaki masih kekal tegap seperti dulu. Tiada langsung lebihan daging atau lemak kental .


*oh, ada sikit di perut. Sikit je. Betul*


*bulan puasa langsung tidak sanggup aku menipu*


Jadi secara teori dan logik akalnya, berpuasa di perantauan langsung jauh daripada tempat yang kamu selalu buang masa cari makanan banyak-banyak itu. Bazaar Ramadhan.

Yang aku juga turut buang masa kalau ada di Malaysia. Whatever.

Masak sendiri. Jadi teori manusia student, makanya satu hidangan sudah memadai. Jadi satu hidangan menunjukkan peratus-pengurangan-ambilan-makanan-berlebihan akan meningkat.


Jadi hari berbuka pertama. Kebab sayur dan tuna. Positif. Nampak peratusan itu semakin meningkat.

Jadi hari berbuka kedua. Nasi goreng dengan sedikit ayam. Positif. Peratusan semakin meningkat.

Jadi hari berbuka ketiga. Bihun goreng dan kentang. Awesome. Peratusan semakin meningkat lagi.

Jadi hari berbuka keempat. Pasta baked. Super-duper extra cheese. *erk?*

Jadi hari berbuka kelima. Nasi lemak ayam goreng. Super-duper extra santan. *huh?*

Jadi hari berbuka keenam. Buka di masjid. Iftar beramai-ramai. Nasi beriyani, ayam tandoori, pizza, ayam kurma, lasagna, kek kelapa, bla...bla...bla...*hah?*

Jadi hari berbuka ketujuh. Buka di rumah Kak Rima. Iftar beramai-ramai. Nasi beriyani, ayam masak merah, ayam masak kicap, kek coklat, badak berendam, karipap, bla...bla...bla...*uik?*


*mencubit lebihan lemak di perut dan pipi*


Mungkin lebihan ini akan dipaksa membesar lagi.


Mungkin.



Tuesday 2 September 2008

s i - k e c i l & m e r d e k a



"Ayah, apa itu merdeka?"


Si kecil membulatkan mata, bereaksi comel dengan harapan mendapat jawapan yang diingini. Si ayah garu-garu kepala. Pura-pura melambatkan jawapan, dengan harapan si kecil putus asa dan pergi.


"Ayah, apa itu merdeka?"


Kali ini diulang dengan sedikit tarikan perlahan pada baju si ayah. Si ayah lelah. Tidak mahu menghampakan harapan si kecil. Berdehem. Menghilang sedikit kahak bersisa di anak tekak.


"Si kecil. Merdeka itu maksudnya kita bebas daripada tangan penjajah. 31 Ogos 1957. Itu tarikh kemerdekaan kita daripada tangan penjajah."


Si kecil berkerut-kerut dahi. Cuba mencerna setiap patah perkataan dan informasi. Si ayah menyambung lagi. Dengan tersenyum.


"Merdeka. Bukan bererti negara kita sahaja merdeka daripada penjajah, bebas daripada cengkaman Jepun, bebas daripada cengkaman British. Tapi pemikiran kita juga perlu bebas daripada penjajah. Merdeka diri dan minda."


Si ayah menghulurkan tangan mengusap-usap rambut hitam si kecil. Si kecil masih lagi berkerut-kerut mencerna setiap patah perkataan dan informasi. Sedikit confuse masih terlihat pada riak wajahnya.


"Apa maksudnya bebas daripada cengkaman penjajah? Merdeka diri dan minda?"


Si kecil bertanya. Si ayah mampu merasakan nada suara yang begitu teruja. Begitu ingin tahu. Hati kecil si ayah tak mungkin mahu menghampakan si kecil yang seorang ini.


"Maksudnya merdeka daripada pemikiran penjajah. Pemikiran orang-orang Barat. Tidak ikut budaya-budaya orang Barat yang memang langsung bercanggah dengan adat dan budaya kita."


Si kecil bertanya lagi.


"Maksudnya kita tak boleh jadi orang barat ke ayah? Tak boleh ikut diorang?"


"Ya, sayang. Orang Barat memang membawa masuk budaya kuning ke negara kita. Tapi jangan kita ikut macam dia." Jawab si ayah. Konfiden. Sambil tersenyum.

"Si kecil faham kan?"


Si kecil diam. Selepas beberapa saat, dia mula menganggukkan kepala. Tanda faham. Si kecil mengorak langkah perlahan-lahan menuju ke kamar tidurnya.


--------------------------------------


Esoknya. 31 Ogos 2008.


"Ayah, ayah"


Si kecil berlari-lari mendapatkan ayahnya. Kegembiraan jelas terlihat di riak wajah.

"Ayah, ayah. Si kecil dah merdeka. Si kecil dah merdeka." Dengan suara sedikit berteriak.

Si ayah kehairanan.

Sambil menarik-narik baju ayah, si kecil mengulang
"Ayah, ayah. Si kecil dah merdeka. Si kecil dah merdeka."

Si kecil menarik baju ayah cuba mengajak ke biliknya tanda ingin menunjukkan sesuatu. Si ayah terpinga-pinga. Tapi perlahan-lahan melangkah ke bilik si kecil dengan hujung t-shirt masih dipegang si kecil.

Bila si ayah masuk ke bilik. Ekspresi mukanya berkerut-kerutan dengan peluh dingin mengalir di pipi kanan dekat dengan sisir tepi rambutnya.

Di lantai bilik si kecil, kelihatan budaya kuning Sponge Bob & Squarepant serta Big Bird's Sesame Street berkecaian, dan hampir memenuhi lantai dengan isi 2 anak patung yang dibelinya seperti pasir yang bertaburan di tepi pantai.


Sekaligus menukar persepsi si kecil mengenai merdeka.


Saat si kecil menerima penampar Jepun pada 31hb Ogos.


Yang si kecil ingat sudah lama tiada sejak zaman nenek moyangnya.


Yang pasti si kecil ingat sampai ke tua.


Pasti.



Sunday 31 August 2008

- m e r d e k a -



Merdeka.


Aku sedar daripada pukul 12.00 malam, 31 Ogos 2008 sudah sambutan hari Merdeka.


Sebab aku bukan di negara sendiri tidak semestinya aku tidak sambut merdeka.


Tapi.


Oleh sebab merdeka membolehkan kita semua hidup aman, damai, demokrasi. Tiada lagi takutkan penjajah dan kebebasan untuk bersuara.


Maka.


Aku memilih untuk tidur.


Sebelum pukul 12.00 tengah malam. Mungkin sebelum 11.30 malam lagi.


Sebab kita sudah merdeka.


Saturday 23 August 2008

a p a k a t a k a m u ?


Pelik.


Aku masih lagi membaca utusan online. Dan harakahdaily. Sinar Harian sekali-sekala. Sebab online version tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. Lambat loading. Aku malas tunggu. Apatah lagi hendak membuat kerja-kerja assignment. Memang dasar. Dasar pemalas. Nasib baik masih sedikit cute. *ehem*


*kan?*


Ini saluran 2 berita yang totally daripada sumber yang berlainan. Ini kamu boleh rujuk berita mereka hari-hari. Nothing new. Aku rasa, ramai pun sudah sedar dan tahu. Aku assume.

Berita pasal cadangan 10% kadar kemasukan bukan bumiputera untuk Uitm. Hot news. Aku boleh guarantee. Semangat. Semangat mereka kerana mengadakan perarakan tanpa permit. Permit. Siapa kata Malaysia berarak kena permit. Demokrasi. Kan?

Lepas itu aku baca blog ini.


*buat spoil semangat aku. baru hendak membara sudah padam*


Dapat surat pekeliling suruh berarak rupanya. Ingatkan sendiri-sendiri mahu kempen. Aiseh. Baru aku mahu ambil semangat perjuangan mereka. Cancel. Jadi bukan langsung salah mereka. Mungkin salah surat pekeliling. Siapa suruh surat itu muncul. Tak guna punya surat.


*ceh*

----------------------------------------------------

Permatang Pauh.

Pucuk dicita ulam mendatang. Bagai mengantuk disorong bantal.

Aku pun tak tahu sangat maksud peribahasa di atas. Saja-saja mahu letak. Penyedap kata. Boleh dapat markah lebih kalau kamu buat karangan PMR atau SPM. Tapi bukan subjek Bahasa Inggeris.

Sekarang sudah jadi berita sehari-harian yang dijaja. Atau sudah jadi kempen pilihanraya itu sendiri. Lagi dahsyat sudah jadi semacam cergas pula kerajaan. Macam satu benda baru. Tiba-tiba sahaja BPR sudah rajin buat kerja. Yang macam tidak pernah berlaku pun boleh berlaku.


*hebat*


Aku nyaris tepuk tangan sorang-sorang depan monitor. Nanti Suboh (housemate) terbangun tidur pula. Aku baca lagi berita. Lagi hebat. Pak Lah baru cuba menaiki pengangkutan awam KTM Komuter dan LRT. Dia baru mahu perasan perkhidmatan kurang memuaskan. Dia baru mahu perasan rakyat tidak puas hati. Ok.

At least, dia sanggup naik public transportation. Sekali. Seumur hidup. Mana aku tahu. Tanpa kereta kerajaan dan pengiring "kuda putih" Polis di kiri kanan kereta. Dan tanpa pemandu rasmi.


*tapi public transportation masih pakai driver jugak*


*whatever*

-------------------------------------------------------

Sejak penafian 5 negeri di bawah kerajaan ini. Kita sudah lihat banyak benda tidak best. Saling cari kesalahan sesama sendiri. Sedikit muak bila jadi penonton. Sedikit seronok kalau ada pop-corn.

Ada good point. Dua-dua cari peluang nak improve. Mahu tunjuk mereka boleh. Bukan cakap kosong. Bukan menanam tebu di pinggir bibir. Bukan menyanyi bait-bait peribahasa di sebelah dengan rentak lagu Siti Nurhaliza.

Sebab ada push. Ada semangat nak bersaing. Tolak yang guna taktik-taktik keji. Itu jangan kamu ikut. Aku cuma mahu kamu lihat dan amati nilai di sebaliknya. Bila ada push baru mahu turun padang. Buat kerja. Baru mahu cuba jadi produktif.


Jadi Uitm.


Pak Lah boleh buat. Kerajaan dia boleh buat.



*apa kata kamu Uitm?*


*what say you?*


*kenyit mata*


Kenyit mata itu hanya untuk gadis, awek, perempuan, wanita Uitm sahaja. Oh, dan untuk kamu Surat Pekeliling.


*wink, wink*




Friday 22 August 2008

- k i s a h s e m a l a m -



Semalam. Cuma semalam.

Saat aku ber-YM dengan rakan di New Zealand. New Zealand. Tapi dia melayu. Sengaja memenuhi bumi New Zealand. Mahu cari-cari kerjaan katanya. Cari pengalaman hidup. Jalan-jalan sikit. Biasa orang referkan New Zealand cuma sebagai NZ. Pendek. Nyata. Cepat.

Dia cerita pasal tambang kapal terbang. Berbual-bual sedikit. NZ punya tambang walaupun cuma dari Australia memang mahal. Macam tiket kapal terbang promosi Air Asia balik Malaysia daripada Melbourne walaupun masih murah daripada tambang keretapi Tanah Melayu.


Saat itu Suboh (housemate merangkap roommate) sedang sibuk dengan laptop VAIO mudah rosaknya.


katunx : suboh!

suboh : apa dia?

katunx : tambang kapal terbang pergi NZ memang mahal kan? Ala...NZ, Negeri Sembilan kan...

suboh : ??....(memulakan gelak ketawa hilai riang)




Whatever.





Monday 18 August 2008

- k i s a h l a m a -



Pada masa yang sedikit lampau. Klang.


Suatu pagi, di sekolah menengah berasrama penuh perut makan breakfast.

Saat sebelum loceng mula sekolah berbunyi. Aku sudah mengangkat beg galas 'Tropicana Life' yang berharga RM69.90 sebelum diskaun itu yang berisi buku-buku asas persekolahan. Datang awal sedikit ke sekolah. Aku sudah tidak sanggup diketuk-ketampikan di tepi pintu pagar kecil sebelah jejantas itu.

Tapi. Sebenarnya aku punya tujuan datang awal. Mahu jumpa cikgu Biologi. Bukan mahu tanya pasal anatomi. Tapi mahu tanya pasal laporan makmal. Yang aku rasa aku langsung tidak pernah hantar.

Selepas kenyang perut suka hati di dewan makan, aku terus menaiki jejantas yang betul-betul dekat dengan pintu pagar kecil itu. Maaf. Aku langsung tidak sempat kira berapa anak tangga. Tapi bunyi nafas aku yang semakin cepat jelas menunjukkan kemegahan mercu jejantas tertinggi di Kampung Jawa, Klang itu.

Aku melangkah, sederhana tetapi sedikit cepat. Sebab mungkin aku sempat jumpa guru Biologi itu sebelum perhimpunan pagi sekolah.


*mungkin* Bisik mulut aku.


Setelah melepasi dewan, dewan serbaguna, koperasi sekolah, kantin dan lagi dewan serbaguna, aku sudah hampir sampai makmal Biologi. Common sense kan? Cikgu Biologi dalam makmal Biologi. Kan?

Betul-betul depan makmal, gelanggang badminton terbuka. Atau mungkin sepak takraw. Aku sudah mula berjalan merentas gelanggang untuk ke tangga menuju ke kelas aku di tingkat satu.


*makmal biologi* kata aku dalam hati.


Saat aku yang sedang merentas gelanggang sekaligus melalui depan makmal Biologi, mendapati pintu makmal terbuka. Saat aku dapati pintu makmal terbuka, aku menjenguk daripada tengah gelanggang badminton itu. Atau mungkin sepak takraw. Saat aku menjenguk, kaki aku masih lagi melangkah. Sambil menjenguk sambil berjalan.


*tidak ada. Cikgu Biologi masih tidak sampai lagi.*


Saat hati aku berbisik ayat di atas, aku masih lagi menjenguk sambil melangkah. Saat aku menjenguk, aku menjenguk ke kanan sambil melangkah.


*bangggg(bunyi yang bergetar hasil hentakan tengkorak kepala manusia pada tiang besi)*


Saat aku melangkah, sesuai dengan bunyi di atas, aku terhenti. Kepala aku sedang bergetar pada frekuensi yang sama dengan tiang besi jaring gelanggang badminton itu. Atau mungkin sepak takraw. Pening. Sedikit sakit. Tapi tiang itu mungkin lagi sakit daripada kepala aku. Whatever.

Saat yang kelima selepas hentakan itu, spontan, aku pandang keliling. Sangat penting untuk kita memastikan tiada orang sewaktu kejadian itu berlaku.


*eh?*

Ada 2 orang pelajar perempuan, junior barangkali. Sedang terlopong memandang aku. Dengan mulut sedikit terbuka dan dahi sedikit berkerut. Semacam melihat suatu accident ngeri melibatkan bas dengan lori.


*peluh dingin mengalir di pipi*


Saat ke-10 selepas aku terpandang mereka, sedar-sedar aku sudah berada di tangga kerana berlari.


Aku sengaja mahu berlari. Bagi terembes sedikit peluh-peluh pagi selain peluh dingin. Whatever.


Dan.


Hari pun berlalu seperti biasa.


Dan.


*aku langsung tidak menghantar laporan Biologi*





Tuesday 12 August 2008

- p i c k - u p l i n e -



Aku faham, lelaki perempuan. Magnet.


Lelaki akan cari perempuan dan sebaliknya. Melainkan ada manusia vice versa atau paranormal yang sampai sekarang aku tidak dapat singkapkan realiti kehidupan sebenar manusia sejenis.


*tidak mengapa*


Ini bukan perihal mereka. Ini juga bukan bukti aku tidak kisah. Cuma akal singkat dan kemalasan jari-jemari ini sukar hendak menterjemahkan kisah, coretan lebih panjang pasal mereka. Akal dan jari mulus aku buat masa kini lebih kepada manusia lurus. Straight.

Aku faham.

Lelaki akan sentiasa cuba mencari teknik-teknik dan ilmu-ilmu yang berkesan untuk memikat perempuan. Seperti teknik cik-adik-jalan-sorang-ke atau cik-adik-sekarang-pukul-berapa. Itu cerita lama. So yesterday kata Hilary Duff.


*oh, ya*


*aku dengar lagu Hillary Duff.......* *ehem*


*Itu dulu ok?*


Tolak satu markah aku untuk manusia cool. Whatever.

Jadi aku perasan, tua, muda, miskin, kaya, berupa, berpura, asalkan mereka lelaki, pasti akan mereka-cipta ayat-ayat yang super-power untuk memikat kaum hawa, wanita, perempuan, gadis, awek, Hillary Duff.


*oh, ok*


*Hillary Duff lagi. Whatever*



Jadi mereka universal-kan ayat-ayat yang super-power ini dalam lingua-franca inggeris. Pick-up line.

Maka secara logik akal atau common sense, taktik atau teknik lama pick-up line yang dulunya
teknik cik-adik-jalan-sorang-ke atau cik-adik-sekarang-pukul-berapa, sepatutnya akan lebih maju dan lebih advance daripada dahulu.


*sepatutnya kan?*

-----------------------------------------------------

Musim panas lampau. Satu musim yang hangat.

Ladang, farm. 3 jam daripada bandar Melbourne. Sudah hampir beberapa 2 minggu aku mastautin di situ sempena mencari sesuap rezeki Australian Dollar.

Aku pusing. Pusing kepala pandang sekeliling. Semua Asian.

Mana orang Australia mahu kerah tenaga usahakan ladang. Masih banyak lagi kerja glamour di supermarket atau pusat membeli-belah.

Semua jenis ada. Korea, China, Taiwan, Hong Kong, India, Jepun. Lelaki dan perempuan. Tapi, majoritinya orang-orang Korea. Makanya, golongan Malaysia terus menduduki carta warga minoriti. Termasuk aku.


*asing*


Semua bercakap bahasa masing-masing. Tambahan pula, kalau kamu tidak percaya, orang Malaysia yang paling pandai cakap bahasa inggeris. Betul. Aku tidak tipu.


*sebab aku orang Malaysia itu.*


*kenapa?*


*tak percaya?*


Aku pun tak percaya.

----------------------------------------------------


Ada seorang gadis Jepun. Yuka. Yuka Sato.


Bagi aku biasa saja. Sedikit ranggi. Dressing bergaya. Ala-ala Avril Lavigne Jepun.

Pertama kali dia sampai di ladang. Wow. Muka make-up dan bercelak atau bermaskara. Serupa Avril Lavigne Jepun. Betul. Aku tak tipu. Tak tenteram jejaka Korea di ladang itu dibuatnya. Tetapi bukan aku. Bagi aku biasa saja.


*betul*


*biasa saja*


--------------------------------------------------


Lunch.


Lepas pulang dari ladang. Aku seorang. 2 orang lagi teman senegara pulang sebentar ke bandar Melbourne. Ada urusan katanya. Whatever.


Makan seorang.


*damn*


*bosan*


Ada orang duduk sebelah aku. Di meja makan panjang seperti kantin sekolah. Dalam dapur kongsi untuk kediaman pekerja ladang. Yuka. Yuka Sato. Gadis Avril Lavigne Jepun. Daripada banyak-banyak meja, dia duduk sebelah aku. Sedikit terkejut saat dia lontarkan suara menegur.

Bagus. English dia bagus. Aku tak terasa susah berbual. Wajahnya tanpa make-up tebal, celak atau maskara hitam memekat nampak biasa.


*dia biasa-biasa sahaja*


*betul*


*aku tak tipu*


-----------------------------------------------------

Dalam bilik air. Bilik air kongsi accomodation ladang.

Ada seorang mamat Korea. Tak tinggi sangat. Aku bawa berus gigi berbekal secalit ubat gigi atas berus yang sudah mula merosak berkat gosokan mesra setiap hari. Aku tegur.


*hi*

*hi*
dia balas.

*where are you from?*

Dia angguk. Mungkin tak dengar. Aku sangka baik.

*where are you from?*

*yes*
dia jawab.

Aku sedar. Aku faham sesuatu.

*bye*

*bye*
balas dia.

Dia cuma tahu, hi, hello, good morning, good night, bye. Jadi kamu faham betapa bertuahnya menjadi warganegara Malaysia yang mengambil matapelajaran Bahasa Inggeris seawal tadika sehingga ke universiti.


*faham kan?*

--------------------------------------------------


Yuka. Yuka Sato.

Dia beritahu aku dia tak suka memasak. Menu ruji dia nasi goreng telur.

Dia masak nasi goreng pun kadang-kadang terhangus. Ini dia yang cerita pada aku. Dan yang aku pernah lihat sendiri.

Jadi amatlah mustahil kalau hendak katakan gaya dia memasak umpama chef yang mempunyai super-duper skill dan bakat yang tinggi. Memang mustahil kan kalau mengikut tafsiran common sense manusia biasa.

Lunch pun dia hanya makan buah. Percuma. Ladang buah equivalent dengan buah percuma. Diet katanya.


-------------------------------------------------


Suatu petang. Dapur kongsi. Suatu musim panas lampau.

Aku punya tugas memasak. Lagipun aku seorang. Jadi sudah jatuh hukum wajib untuk memasak dan mengisi perut sendiri. Logik biologi manusia.

Dapur itu ada empat tempat masak standard yang mempunyai empat nyalaan api setiap satu.


*damn*


Sungguh sukar cuba menerangkan mengenai gas stoves. Aku masak di sebelah kanan. Lauk ayam masak merah itu sedang dalam proses pembuatan. Yuka. Yuka Sato. Dia masak nasi goreng dia di sebelah aku. Sebelah kiri.

Aku diam. Tidak berbual. Perut lapar. Yang penting ayam masak merah ini harus diselesaikan secepat mungkin. Mungkin lebih pantas daripada Iron Chef.

Tiba-tiba, datang seorang jejaka Korea. Rambut sedikit perang. Bertindik sebelah telinga. Dia pergi ke arah Yuka. Yuka Sato. Aku perasan, si jejaka ini sudah lama memerhatikan Yuka. Daripada saat sebelum dia tegur aku saat lunch lagi. Aku pernah nampak mereka berbual. Aku tidak kisah sangat.


*dia kan biasa-biasa saja*


*betul*


Jejaka itu melangkah gagah. Berdiri di tepi Yuka. Saat dia sibuk memasak nasi gorengnya. Satu-satunya masakan kemahirannya. Tiba tiba....


*aku tergelak sambil memasak*


*it's really make my day*


---------------------------------------------------


Pick-up line.
Merujuk kepada ayat memikat. Panggilan dalam bahasa Inggeris. Ayat mengorat dalam bahasa ibunda Malaysia. Bukan "mengangkat ke atas garisan". Itu direct translation. Jangan amalkan selalu.

Seperti aku terangkan. Mestilah sesuatu yang maju. Mengikut zaman. Ayat yang kreatif. Yang bisa memercikkan api perbualan.

Jejaka korea itu. Dan Yuka Sato.


*woah, I see you cooking.*

*you look beautiful cooking.*


Ok. Bukan aku saja-saja mahu gelak. Spontan. Tindakan luar kawal medula oblangata.
Benda baru. Pick-up line baru.

Dan juga.

Hari nasi goreng Yuka hangit.


*beautiful?*


*cooking?*


*errrr...?*



Saturday 9 August 2008

- h u h ? -



Saat aku tenung
monitor.


Rasa macam disedut, dipukau.


*crap*


Terkadang tanpa sedar aku mengerahkan seluruh tenaga pada tangan aku untuk memberi sedikit tekanan kepada mouse atau keyboard.


*technology*


Bentak akal separa sedar aku. Norma. Salahkan teknologi. Teknologi bisa buat aku pusing kepala. Bisa buat aku obses.

Bukan obes. Atau obesiti. Itu kamu perlu kurangkan sedutan lemak tepu daripada fast-food yang lagi banyak daripada gerai-gerai makan orang Melayu.


*obses, obsesi kecil*


Aku cuba kurangkan ini.

Maafkan aku kalau sudah kurang mencoret dalam blog ni. Walaupun aku tidak tahu kalau ada peminat ataupun tidak, aku ucapkan terima kasih.

Iye, aku cuba update sedaya-mampu seperti iklan Milo.


*oh, ya?*


*dah lama tidak pekena milo ais kaw*


*damn*



Friday 1 August 2008

k a n ? b u k a n k e ?



" Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah "


Peribahasa lama. Kiranya orang zaman dahulu yang mencipta kata-kata tersirat ini.

Akal dangkal aku pun kurang pasti sama ada memang benar-benar pernah nenak-moyang kita yang banyak mencipta kata-kata perumpamaan atau ke-peribahasa-an ini melihat kejadian sebenar dan realistik seperti itu atau cuma tekaan impak akal mereka terhadap common sense bahawa kalau yang bersaiz besar bergaduh, yang kecil, comel, cenonet, cute pasti akan terjepit, penyek kalau mereka berada di tengah-tengah.


*Moralnya?*


Jangan duduk tengah-tengah kalau gajah bergaduh.


*kan?*


*bukan ke?*


------------------------------------

Adanya, kalau kita rujuk, kaji, dalami maksud kata-kata perumpamaan atau ke-peribahasa-an itu lebih menunjuk kepada simbolik 'gajah' bagi kuasa-kuasa besar atau orang-orang besar yang sama sekali tidak bermaksud orang itu besar tubuh fizikal ataupun cuma berbesar hati. Lebih senang merujuk kepada orang yang berkuasa.


*Pemimpin*


Malahan, 'pelanduk' itu pula merujuk kepada orang-orang kecil yang langsung tiada kaitan dengan kisah Snow White & the 7 Dwarfs tapi lebih senang merujuk kepada orang-orang yang tidak berkuasa. Watak sampingan atau picisan.


*Rakyat*


Maksudnya kamu, kamu dan kamu. Iya, aku juga.



*Pelanduk rupanya kita*


*Garu kepala yang sedikit gatal*


------------------------------------------


Hampir setiap hari saat aku melayari bahtera internet. Dua akhbar elektronik yang sering aku rujuk. Dan sekarang mungkin 3. Mungkin aku kata.

Laju jari aku menaip biji-biji huruf pada keyboard untuk mengisi ruang kosong alamat website.


*www.utusan.com.my*

*www.harakahdaily.net*


*www.sinarharian.com.my*



3 akhbar tempatan, dalam satu Malaysia. Tapi cerita sama yang berbeza-beza isinya. Aku tak perlu cerita. Kamu sendiri jalankan tanggungjawab membacanya.

Mungkin pemberita juga punya lain-lain intepretasi tulisan dan kefahaman mereka.


*aku rasa*


*mungkin*


-------------------------------------------

Aku rasa semua orang pun sedia maklum hakikat dan realistiknya Malaysia bukan semua negeri di bawah satu pimpinan parti. Bagi aku, langsung tiada masalah. Kalau nyatanya Malaysia mendokong demokrasi, kan layaknya begitu penghasilan dan pencaturannya.

Rakyat sendiri yang memilih. Bukan bergantung kepada mana-mana parti.

Jadi, hendaknya, yang diberi amanah memimpin, menunaikan amanah sepenuhnya. Itu tugas mereka walau seberat mana sekali pun. Kalau tidak, buat apa masuk bertanding bukan?


*ke bukan?*


Jadi, kalau berlainan parti sekalipun memerintah, perlu ada sepakatan. Sama-sama fikir hendak tolong rakyat. Daripada buang masa cari kesalahan sesama sendiri. Apa kata layari bahtera internet sambil memikirkan masalah rakyat. Atau lepak kedai mamak, minum teh tarik sambil memikirkan masalah rakyat dan negara.

Liwat? Angkut tilam ke sana ke mari lagi? Kan sudah membazirkan modal insan yang bernama Angkatan Polis Malaysia. Sedangkan kes cik adik Mongolia yang sudah hancur-luluh dibom pun belum tentu dapat liputan dan tangkapan seperti en.anda-sudah-dituduh-meliwat.


*kan?*


*ke aku yang silap?*


*menggaru sisi kepala yang sedikit gatal*


------------------------------------------------------


Minyak?


Mana ada orang cerita perihal minyak lagi dalam surat khabar.


Semua headline sudah berkisar mengenai kisah 'Gajah Satu' atau 'Gajah Dua' atau 'Gajah Tiga' sehingga ke nombor atau angka yang anda sukai.


Siapa nak buat cerita pasal 'pelanduk'?


*tapi*


Siapa suruh 'pelanduk' duduk seat tengah.


*ini bukan wayang*


*kan?*


*bukan ke?*







Tuesday 29 July 2008

K e b a s



Kebas. Numb.


Tidak rasa apa-apa. None. Zero.


Aku pasti semua dah tahu.


[ tiada penjelasan super-panjang. ]


--------------------------------------------

Winter.


Ada satu word aku sangat ingin describe.


[ Describe kondisi tangan aku dalam sarung tangan winter. ]


Aku tengok suhu yang mencapai zero degree pada ramalan cuaca Yahoo bermesej.


*kebas*


*tangan aku kebas*


-----------------------------------------------


Malaysia.


Hari tu. Saat mungkin 7 hari yang lampau. Aku masih berpijak di bumi itu.


Saat isu kenaikan minyak semakin kelam. Kelam saat ada protes 6hb Julai hari tu.


[ Oh, maaf. Saat itu aku sedang makan nasi minyak kenduri kahwin di kampung aku. ]


Bijak. Aku boleh kata bijak. Orang sudah kurang bicara kenaikan minyak. Orang lebih suka liwat daripada minyak. Mungkin.


Tapi, liwat?


Ok, itu bunyi seperti idea lama.


[ Describe kondisi orang ramai seperti kondisi tangan aku saat winter.]



*kebas*



Tidak rasa apa-apa. None. Zero.



Tuesday 15 July 2008

- e r k ? ? ? -


Cerita Korea.


Aku yang bosan menarik keluar bungkusan DVD drama Korea.


Macam biasa. Cerita cinta.


*whatever*


Heroin. Cun, cantik, comel, angel, molek dan sinonimnya.


Hero?


*whatever, aku masih straight*


Tiba-tiba aku teringat. Kerja ladang cuti summer lepas. Ada orang Korea. Ramai.


Aku masuk tandas, lepas seorang Korea keluar. Langsung tiada bunyi deruan air berkat tarikan flush.

Condition mangkuk tandas itu? Dahsyat.


*sila bayangkan buah tomato yang dicampak dari tingkat 20*

Aku tanya mengapa tidak mengambil berkat tarikan flush itu. Dia bilang, petua. Nanti buang ong.

----------------------------------


Heroin drama Korea. Cun, cantik, comel, angel, molek dan sinonimnya.


*meng-imagine sesuatu*



*........*



Euwww....




Friday 4 July 2008

c u m a - s e t a h u n - k a n ?



Setahun.



Bagi aku tidak lama mana. Cukup sekadar helaian janggut di dagu tumbuh lebih 0.1cm. Aku pun kurang pasti.

Pembangunan. Malaysia. Itu sudah cukup memberi impak visual dalam bentuk biasan ke bebola mata aku bahawa banyak benda yang sudah aku tertinggal. Cukup banyak bagi tempoh kurang 365 hari.


Tiba-tiba sahaja Sogo sudah mempunyai teman pencakar langit di sebelahnya yang entah beberapa tingkat kerana aku malas mendongak untuk mengira. Bandar Baru Bangi sahaja sudah punya beberapa kawasan yang dulu ternyata gonjeng, kini sudah sarat dengan penempatan.




*garu kepala*



Langsung tidak gatal sebenarnya.



------------------------------------



Pasaran minyak dunia naik melonjak langsung menginjak-injak nilai ekonomi hampir seluruh negara dalam bulatan-tidak-sempurna-sfera dunia. Aku sedar hakikat ini. Cuma saat itu aku masih di negara bukan matahari terbit dan bukan serambi Mekah; Australia.


*Impak?*


Aku kurang jelas terasanya. Tidak banyak berlaku beban perubahan dalam saraan hidup sehari-harian di Australia. Beras?. Kami masih makan nasi-nasi yang membukit tinggi. Padat tubuh ayam masih kami ratah dengan limpahan kuah berlainan jenis hari-hari.




*baru tidak sampai sebulan kan?*



Aku kurang jelas adakah ada impak juga pada kehidupan sehari-harian warga Malaysia. Aku tengok motokar masih lagi mengentutkan gumpalan asap-asap hasil sisa-sisa pembakaran petrol. Masih lagi ada motokar-motokar yang berkelas mewah memecut laju seolah-olah kereta Mercedes Class S itu menggunakan kuasa angin untuk bergerak.


Motorsikal cabuk masih mampu memeras laju saat lampu hijau bertukar daripada merah yang hanya sekadar lampu isyarat bukan lampu di litar Sepang.



*mungkin sebab ada rebat minyak kot?*




Mungkin, aku rasa.



*garu kepala*



Langsung tidak gatal sebenarnya.



-----------------------------------


Aku bertukar sistem pengangkutan awam daripada STAR LRT kepada KTM Komuter. Maklumlah, manakan sampai LRT ke ceruk Bandar Baru Bangi. Aku tidak terkilan. Negara kita bukan semuanya sempurna. Sedangkan dalam Kuala Lumpur pun belum tentu semua tempat boleh LRT capai.



*tak mengapa, aku masih ok*


Tapi...


Aku rasa impak minyak tadi. Harga minyak naik, sama dengan bilangan penumpang pengangkutan awam naik. Sardin. Hanya sardin dalam tin Ayam Brand sahaja mampu memahami perasaan aku dan emak saat menaiki KTM Komuter dari Bandar Tasik Selatan ke hentian UKM.



*garu kepala*




Tak dapat garu pun. Padat sangat. Tangan tidak dapat dijulurkan ke atas kepala.



---------------------------------



Perubahan pembangunan Malaysia dalam setahun.


Perubahan cara hidup dalam tidak hampir sebulan kerana minyak.



*hebat*



Aku pandang sekeliling. KTM Komuter sedikit lega selepas memuntahkan sedikit isi makhluk Tuhan, manusia, homosapien kepada Serdang. Ada seorang kakak. Perempuan.




*sudah tentula perempuan kan?*



*ini bukan Siam atau Lorong Haji Taib ye*


Pelik. Perut kakak itu sedikit membuncit. Bukan sedikit, banyak aku rasa. Ini lah yang dinamakan mengandung

Akak itu berdiri memegang kemas pada batang stainless steel yang menjulur dalam gerabak keretapi. Aku jeling ke arah barisan kerusi di hadapan dia. Penuh dengan manusia, makhluk Tuhan, homosapien.



*tak nampak kot?*



Perubahan pembangunan Malaysia dalam setahun.



Perubahan cara hidup dalam tidak hampir sebulan kerana minyak.




Oh, aku ingatkan semua benda dah berubah. Dulu setahun lepas pun aku pernah lihat situasi begini. Aku ingatkan rakyat Malaysia sudah sepatutnya concern pasal benda ini selepas setahun.


Ini sama je dengan perubahan helaian janggut di dagu aku.



*0.1cm*



*garu kepala*




Kali ini aku rasa betul-betul gatal di kepala.





Wednesday 2 July 2008

- u n t i t l e -




Menitik.


Pekat warna merah.


Mengalir keluar dari lubang kecil dan cute.


Saat-saat kapal terbang melakukan pendaratan.


Walaupun tiada kelibat gadis seksi langsung dalam barisan penumpang mahupun dalam kalangan pramugari.


Aku seka dengan tangan.



*damn*



*tidak boleh tunggu sampai melihat gadis seksi ke*



*mengerut dahi*




"Tisu, tisu"




Friday 27 June 2008

- p a n a s , I t a k s u k a -



26 hb Jun 2008


Pagi-pagi buta lagi aku sudah bergerak ke lapangan terbang. Flight pukul 6.30 bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Winter, windy bukanlah sesuatu yang seorang manusia tipikal mahu hadapi seawal pagi.


*terima kasih kepada warga rumah Preston yang menghantar aku*



8.30 a.m


Dengan bersahaja melangkah keluar dari lapangan terbang domestik Sydney. Berbekalkan satu beg galas dan beg raksasa
beroda buatan 'Unta Aktif', aku menaiki bas bertambang AUD$5.00 ke lapangan terbang antarabangsa.

Kalau lapangan terbang antarabangsa itu di sebelah saja, kan aku sudah mampu menjimatkan AUD&5.00 yang bersamaan dengan satu bar coklat Cadbury Caramello saat tiada tawaran murah.



1.30 p.m


Setelah terlewat satu jam setengah yang bersamaan dengan tidur yang sekejap, kapal terbang Jetstar berlepas ke Kuala Lumpur. Selain menunggu 4 jam lebih di lapangan terbang, aku juga menunggu satu jam setengah lagi di dalam kapal terbang kerana masalah teknikal.



Mungkin pekerja mereka sakit perut.



Aku sangka baik dalam hati.



8.30 p.m


Aku melangkah dengan bersahaja sekali lagi mengambil bagasi 'Unta Aktif', melalui lorong hijau dan tidak melalui kastam. Jangan tanya aku, aku main jalan sahaja.


Menapak keluar ke pintu ketibaan, mencari kelibat wajah yang dikenali. Tiada.


Aku baru ingat mahu membuat seperti orang lain yang melambai-lambai tangan kepada orang yang menunggu di railing stainless steel KLIA.



*tak mengapa, mungkin lain kali*



Rupa-rupanya ayah sudah lama menunggu di celahan manusia. Ternyata aku yang menepuk bahunya daripada belakang.



*maaf keterlewatan*



Balas aku berkucupan salaman tangan ayah.



*maaf keterlewatan*



Ulang aku saat berkucupan ciuman dahi emak.



Kini aku sudah berpijak di bumi Malaysia. Kenapa?



Sebab...





*panas*




*aku tak biasa*



*isk*










*gelak kecil*




Tapi aku suka.




Friday 20 June 2008

- f o u r m i n u t e s s t o r y -




Aku masih bersyukur aku hidup dalam dunia ni. Aku lebih bersyukur aku hidup dalam dunia ini sebab aku masih dalam dakapan nikmat Iman dan Islam dan aku tidak pernah berharap nikmat ini akan ditarik walau sedetik pun.



Walaupun aku bukan-lah hendak dikatakan pious atau alim. Tapi sekurang-kurangnya aku masih menunaikan kewajiban aku sebagai seorang Muslim.



Budayanya Melayu, ajarannya Islam penuh dengan adab dan tatasusila yang tiada kena-mengena langsung dengan susilawati dari Indonesia. Bagi aku, adab dalam Islam yang membezakan seorang Muslim dengan orang lain. Makanya, aku lagi sangat bersyukur, adab itu masih aku ingin pelihara dan masih aku fahami pengaplikasiannya.



20 Jun, 2008



Aku baru selesai pulang dari bandar Melbourne. Cadangnya mahu fotografi, tapi bateri kameranya lupa dicas secara terus membuatkan aku menyesali masa lampau.




*jahanam*




Maaf, demi menjaga adab, aku berucap dengan nada yang langsung tiada perasaan marah atau meninggi suara.


Cuaca sejuk seperti biasa, tiada harapan yang diletakkan pada winter untuk menjadi sepanas Malaysia. Ditambah pula hujan renyai-sekejap-lebat-sekejap penambah perisa kesejukan agar aku secara terus menggigil dan bermain hembus nafas untuk melihat kepulan-kepulan wap keluar daripada mulut.



Jadi aku hanya menjadi peneman mks sambil melihat dia menangkap gambar manakala hati aku masih lagi diulit kekecewaan.

Sambil cuba mencari-cari sudut-sudut indah pemandangan Melbourne, kami berada di salah-sebuah jambatan merentasi Sungai Yarra. Aku sibuk dengan Ipod mks atas dasar menjaga hati aku sebab takut aku berlari-lari anak meninggalkan dia yang sedang mengambil gambar.



*nasib baik aku manusia cool*



Aku dengar bunyi gorila. Dan dentuman tapak kaki yang kuat di atas jambatan. Mungkin king-kong. Mungkin.


Seorang perempuan berbaju merah berlari-lari anak yang persis anak gajah. Sambil mengeluarkan jeritan pekik dan lolong. Datang pula lagi seorang perempuan berbaju putih lalu mereka pun berlaga dada di hadapan aku dan mks membuatkan aku tergamam seketika sambil mendengar lagu Ingkar - Bunga Cintra Lestari.


Dua orang perempuan dianugerahkan nikmat yang sedikit berlebihan daripada segi saiz fizikal. Maaf, tiada niat langsung untuk aku mengeji cuma sekadar menghuraikan rupa fizikal mereka.



*maaf tau?*



Yang berbaju putih itu berlalu di hadapan kamera mks yang sedang bertenggek di atas pod kaki tiga.




"You better put away your f**king camera before I f**king throw it in the river"




Benar, aku ternyata mampu mendengar, memahami dan menghafal terus patah-patah perkataan yang dikeluarkannya. Aku langsung tidak faham kesalahan mks. Mungkin sebab dia terlalu kacak. Mungkin.



Kali ini.



Kali ini berlaku dengan lebih pantas.



Yang berbaju merah tadi menghalakan wajahnya ke lensa kamera mks sambil meluahkan pancutan amilase yang benar-benar tepat mengenai batang hidung kamera itu.


Iya benar, dan palitan amilase itu memang pekat berwarna putih. Nasib baik tiada tona berwarna hijau dan lendiran. Tertempek pada filter lensa.





*jahanam*





*nasib baik sabar itu ada...........................maaf*







*tetapi........selepas beberapa series and seasons of carutan*






Sebab itu aku berdoa supaya tidak ditarik nikmat adab dan tatasusila dalam diriku.



Dan juga Susilawati jikalau rupa parasnya seperti Tamara Bleszinsky.



Supaya aku langsung tidak jadi persis perempuan berdua itu. Dan
semoga mereka juga sedar.





*amin...amin...ya rabb-al-amin*





Sebab kalau tidak.




Barangkali mereka akan mencium wangian dasar Sungai Yarra. Bukan aku.





Mungkin Mks.






*mungkin*